Saturday, May 28, 2011

Majlis akad nikah dalam masjid

Musim cuti sekolah ni banyak majlis kahwin. Dalam khutbah Jumaat lepas, khatib ingatkan agar mereka yang buat majlis akad nikah dalam masjid agar jaga adab-adab dalam masjid - jangan jadikan masjid riuh-rendah macam pasar, tutup aurat, perempuan yang haid , nifas haram berada dalam masjid, elak percampuran lelaki dan wanita. Org yang berilmu dalam hal ini kena tegur dan ajar org yang jahil. Org jahil pula janganlah jadi "bodoh sombong" bila ditegur dan kata "alaaa...kahwin bukannya selalu...". Jangan jadikan kita jauh daripada rahmatNya dengan ketidakcaknaan kita kepada hukum-hakamNya.

Tuesday, May 3, 2011

Ringan mulut ucap "sayang"...

Dunia di tangan, akhirat di hati...


Umat Islam sepatutnya jadi yang terbaik - di dunia dan di akhirat!. Menjadi contoh ikutan kepada orang bukan Islam. Tugasan dunianya dibuat sebaik mungkin dan penuh amanah, sementara hati dan jiwanya sentiasa tertaut kepada akhirat. Malangnya, ramai yang tidak memegang prinsip "dunia di tangan, akhirat di hati". Lebih parah jika mereka ini memegang kuasa....

Sunday, May 1, 2011

Kasih ibu....


Seorang ibu, walaupun melahirkan anak itu boleh jadi pertarungannya dengan maut, dia tetap bangga dan excited menanti saat kelahiran si anak. Justeru, walau siapa pun kita hari ini, ingattttttt…kita bermula di mana?. Manfaatkan peluang yang ada sebaik mungkin untuk berbakti kepada ibu!. Berbakti kepada ibu, Allah anugerahkan ketenangan dalam jiwa, keberkatan dalam hidup!

Malang dan celakanya kita jika jadi anak yang tak cakna pada ibu: (1) rumah kita besar, rumah ibu terbiar. Rumah kita selesa didiami, rumah ibu bocor sana-sini. (2) Kita sakit, terus ke hospital swasta. Ibu sakit, “ahhh!! berehat saja lah!”. (3) Kasih sayang terhadap ibu bersyarat – bila ada masa, bila nak harta, hanya masa muda, bila bapa masih ada, masa ibu masih ada upaya!

Perumpamaan dalam Al-Qur'an (2): Manusia macam anjing!

“Dan kalau Kami Menghendaki sesunggunya Kami Tinggikan derjatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya dihulurkan lidah dan jika kamu biarkannya dia menghulurkan lidahnya juga. Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Cerita-cerita demikian bermaksud agar manusia memikirkannya.” (al-A’raf, 7: 176)

Perumpamaan dalam Al-Qur'an (1): Manusia macam binatang ternak!

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat kebesaran (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seumpama binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.”
(al-A’raf, 7: 179 )