Tuesday, December 4, 2012

Masa makin suntuk....

Sekarang kita sedang baca tazkirah ini. Maknanya, kita masih wujud saat ini. Apa kita ucap bila terjaga daripada tidur pagi tadi?. Adakah ianya terlalu rutin sehingga kita asyik terlupa untuk ucap kesyukuran kepada Allah swt. Dapat bangkit lagi hari ini seperti juga dapat tidur lena semalam, adalah satu anugerah dan peluang. Sudah bertahun kita pejam mata pada malamnya, kemudian celik pula paginya – pejam! celik! pejam! celik!. Pada 1/12/12 (Sabtu) lepas, anak saudara saya tidur pada jam 12 malam dan paginya tidak bangun bangun. Pejamnya di sebelah malam adalah pejam yang tiada celik di sebelah paginya. Beliau meninggal dunia pada usia 34 tahun. Semasa kami sekeluarga berkumpul, tiba-tiba, anak sulungnya yang berumur 12 tahun bertanya, “Mana abah?”. Kami terpaku...tak tahu bagaimana nak beritahu yang waktu buat abahnya sudah terhenti....
Waktu buat kita masih belum terhenti...... Hargailah ia dengan berusaha segigih mungkin untuk mendekatkan diri kita kepada-Nya. Masa kita semakin suntuk....