Tuesday, June 18, 2013

"Check-in, Check-out"



Pernah check-in dan check-out di hotel/homestay?.  Ada ke orang check-in tapi tak pernah check-out?. Mungkin di lapangan terbang – kita biasa dengar check-in!. Check-outnya?.

Kita “checik-in”  di dunia ini berseorangan. Dari setitis air mani yang hina, Allah bentuk jasad dan beri kita roh. Ibu gi mari kendung kita dengan susah payah. Bila kita lahir, kua kua kua...kita bangsat tere (tiada apa-apa), hanya bertelanjang bogel, kita dibedung dengan kain putih. Kewujudan kita diiringi dengan tangisan kegembiraan orang sekeliling kita. Kejadian kita jadi kebanggaan Allah – Allah cerita kepada Malaikat bahawa Dia akan buat kita dan jadikan kita khalifah di bumi. Daripada berjuta sperma, hanya kita yang lahir- kita orang yang berjaya!. Kita lahir sebagai umat Rasulullah saw. Rasullulah saw royat ko para sahabat yang antara yang mulia ialah umatnya yang lahir lama selepas kewafatan baginda, tak pernah lihat baginda...kita lah tuuuu.

Bila “check-out” daripada dunia yang fana ini, kita kembali keseorangan, telanjang bogel, kembali “dibedung” dengan kain putih. Kita kembali bangsat tere (kita tak bawa harta benda dan anak-pinak serta pengikut bersama ke liang lahad walaupun semasa di dunia kita mampu beli semua dan bina empayar). Adakah ketiadaan kita kembali ditangisi atau disyukuri?. Adakah kita masih menjadi kebanggaan Allah atau.....Allah sudah tak sudi memandang kita?. Allahhhhh....Adakah bila kita “check-out” daripada dunia ini, kita berjaya mencalonkan diri untuk syurga Firdaus Allah?. Adakah kita masih mulia di mata Rasulullah saw, ditunggu baginda ditelaganya.....