Wednesday, July 25, 2012

LAWAN TETAP LAWAN


Susah atau tidak kita nak buat amal? Susahhhhhh…..macam-macam halangan!. Bisikan syaitan sungguh kuat. Masa nak gi masjid/surau, anak ajak gi beli KFC di pasar malam (Kelantan Fried Chicken!), gas masak pulok habishhh, punggung pulok asyik nok tubit angin put..put…prutttt!! (masa tengok TV tadi, tak mboh nok tubit!!). Syaitan pulok jolok,
“Minyak lo ning mahal!/Minggu ni, 15 kali doh mung gi, jiran sebelah rumah mung hok serban besar bakul pun ada sekali dok gi…”.

Nak lekat buat amal susah. Nak hilang, mudah! Sekali dua kita tinggal perbuatan amal kita, kita akan dengan mudahnya rasa selesa/ok/tak bersalah.

BERJUANGLAH KITA UNTUK MENDEKATI ALLAH KERANA SYAITAN TIDAK PERNAH BERPUTUS ASA MENJAUHKAN KITA DARIPADA-NYA….

Tuesday, July 17, 2012

"MEDICAL CHECKUP"

 
Anda pernah buat pemeriksaan kesihatan (medical checkup)?. Kalau pernah, berapa kerap? Kalau tak pernah, sebab apa tak pernah?. Takut ke?. Pemeriksaan kesihatan penting. Sejak kebelakangan ini, acap kali kedengaran orang yang dilihat sihat, jatuh dengan tiba-tiba. Lepas tu, baru lah tahu yang dia ada 20 dalam 1 – kencing manis, kencing masam, urat saraf bertindih dan sebagainya!.  Pemeriksaan kesihatan bertujuan untuk mengetahui keadaan kesihatan diri – tahap gula, kolestrol, darah, asid urik dan sebagainya. Kalau penyakit dapat dikesan di peringkat awal, bolehlah kita ambil langkah pencegahan – misalnya, kalau pergi ke kedai, orang lain minta tea tarik bagus punya, kita minta “Air kosong tanpa gula satuuuu…”. Ada seorang sahabat kata yang bacaan gula dalam badannya sudah sampai ke tahap, “habis meta (meter)!!”. Ada juga orang yang tak buat pemeriksaan kesihatan sebab mereka fikir yang mereka sihat. Ada juga yang tahu dia tak sihat tetapi masih keras keng kata dia sihat.

Muhasabah diri macamlah juga pemeriksaan kesihatan – kena buat dan dalam seberapa kerap yang boleh. Muhasabah diri ialah menilai prestasi diri sebagai hamba Allah swt. Kena buat sebab Allah swt akan buat ke atas diri kita. Kebaikan dan kejahatan yang kita buat, walaupun sebesar zarah akan diambilkira (rujuk surah Al-Zalzalah, ayat 7-8). Jadi, sebelum Allah swt buat, baik kita terlebih dahulu buat. Muhasabah perlu disusuli dengan taubat dan langkah koreksi diri. Kena buat setiap hari. Sebelum tidur, berbaring dan letak tangan atas dahi dan soal diri – hari ini, apa dosa aku?, hari ini solat aku macam mana (awal waktu/berjemaah/ayam patuk padi/curi dalam solat?), aku dengki/umpat/khianat/zalimi siapa?. Sebelum lelapkan mata, maafkan kesalahan orang dengan kita dan bertaubat kepada Allah. Tapi tanpa keinginan yang tinggi, susah nak buat ni. Biasanya, yang mudah mengambil tempat ialah muzik tidur (krohhhhh….krohhhh…). Insyaallah, 2 hari lagi, kita akan bertemu Ramadhan 1433H/2012. Sudah ramai kaum keluarga serta kenalan yang terlebih dahulu meninggalkan kita, pulang ke kampung halaman yang kekal abadi. Kita? Kita masih diberi peluang untuk bertaubat, buat koreksi diri dan kumpul bekalan. Berazam dan berusahalah untuk tidak sia-sia peluang ini….

Kita dan Ibu....






Bagaimana layanan kita kepada ibubapa? Janganlah kita remehkan hubungan dengan ibubapa. Malanglah kita jika abaikan ibubapa terutamanya di usia emas mereka. Ada yang jejak kaki di rumah ibubapa jarang-jarang atau bila senang atau langsung tak pernah. Semasa berkerjaya dan semasa pencen, tiada bezanya. Sentiasa sibuk dengan hal sendiri. Lebih malang jika ibubapa sudah kehilangan pasangan mereka. Ibu/ayah sakit, dibuat tak kisah. "Ahhh!!Anak ibu/ayah bukannya aku sorang".

Saturday, July 7, 2012

"Soalan bocor"


Minggu ini minggu peperiksaan akhir.
Ada pelajar tanya saya, Encikada soalan bocor tak?”.
Saya kata Tak ada!”. 
Saya tanya pelajar tersebut, Kalau tahu soalan awal-awal ni, boleh jawab ke nanti?”.
Jawab pelajar, Tak ada lah….kalau tahu soalan  awal, kita boleh buat persediaan…”
Saya jawab, “Eh! Ada juga yang tahu soalan awal tapi tak buat persediaan pun..”

Kita dah tahu soalan-soalan yang akan ditanya malaikat Mungkar & Nakir di dalam kubur. Ianya dah jadisoalanbocor”. Namun, persoalannya adakah kita telah buat persediaan secukupnya?. Kalau di dunia ini, orang tanya, “Siapa Tuhanmu, Siapa Nabi mu?, Apa agamamu? Siapa imammu? Siapa saudaramu?”. Mungkin kita boleh jawab senafas saja. Hebatnya kita di dunia. Adakah kita juga hebat di akhirat? Bolehkah kita jawab dengan baik sedangkan Allah sentiasa nombor 2 atau tiada pun dalam senarai kita, kita hina Rasulullah saw dengan meminggirkan sunnah baginda, kita perlekehkan hukum-hakam dalam Al-Qur’an dan sebagainya. Jom kita bermuhasabah diri dan buat tindakan pembetulan sebelum waktu buat kita terhenti…..

Tuesday, July 3, 2012

Menyapa...


Semasa berjalan ke kelas, kita bertembung dengan seorang rakan. Awal-awal lagi, kita melambai-lambai dan mengukir senyum. Dia juga mengukir senyum dan melaungkan salam serta pertanyaan khabar. Malangnya, bukan kepada kita tetapi kepada seorang lagi kenalan yang sedang berjalan beberapa langkah di belakang kita. Kita yang akan terlebih dahulu bertembung dengannya tetapi dia menyapa orang kedua yang akan bertembung dengannya. Apa perasaan kita ketika itu?. Pastinya kita rasa kecewa. Rasa sedih....Rasa tak penting….Rasa dipinggirkan. Begitulah juga dengan Ramadhan yang akan kita “tembungi” seminggu dua lagi. Ramadhan yang membuka tangannya semacam ingin memeluk kita dengan pelbagai tawaran menarik – “bonus/sale of the year/redemption/free gift”!. Malangnya, kita “sapa” hari raya yang akan kita temui kemudian daripada Ramadhan – kita sudah sibuk fikir/bincang/sediakan pakaian baru untuk raya, langsir baru, nak beraya kat mana?, menu rumah terbuka dan sebagainya. Apa agaknya perasaan Ramadhan?