Saturday, March 1, 2014

AKAUN, AUDIT & CUKAI



Dalam perakaunan perniagaan, ada 3 terma penting – AKAUN, AUDIT dan CUKAI. Selepas tempoh 12 bulan perniagaan dijalankan, kena tutup akaun. Tarikh tutup akaun atau year-end biasanya 31 Disember, namun, ada syarikat yang tempoh perakaunannya berakhir pada Mac, Jun dan sebagainya.
Selama tempoh 12 bulan beroperasi, akaun kena dicatat oleh akauntan dengan sebaik mungkin ikut tatacara dan piawai perakaunan yang diiktiraf. Selepas tempoh akaun tamat pada year-end, laporan kewangan akan disediakan oleh akauntan. Kemudian, mari lah pulok juruaudit (aikkkk….sebut biar betul!, juruaudit dan bukannya juruduit) untuk memeriksa samada laporan kewangan yang disediakan adalah betul, tepat dan menyeluruh. Jika ada kesilapan/kesalahan yang perlu diperbetulkan, akauntan diberi peluang untuk membetulkannya. Akhirnya, cukai dikira dan dikenakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ke atas perniagaan berdasarkan maklumat dalam laporan kewangan yang telah disahkan oleh juruaudit.


Kehidupan kita pun ada tempoh akhirnya. Cuma kita tak tahu – “year end” kita anytime. Tak semestinya selepas 12 bulan. Selepas buku kehidupan kita ditutup, akan ada proses “pengauditan”. Audit untuk semak samada segala “transaksi” semasa tempoh kehidupan kita dulu mengikut tatacara yang betul atau tidak. Piawainya ado ko? Adaaaa…Al-Qur’an dan al-Hadith. Audit ni tak boleh ngilat. Tak guna kaedah sampling.
"Materiality" tidak diambilkira. Setiap "transaksi" diambilkira dan disemak, walaupun sekecil zarah.  Lepas audit, apa pula?. “Pay time” boszzzz!!!