Saturday, September 14, 2013

Sebelum & Selepas Kahwin



Kita menghadapi pelbagai masalah dalam hidup (termasuklah perihal hubungan suami isteri) sebab kita tak ikut jalan Allah swt. Allah beri panduan seawal sebelum kahwin, semasa nak pilih pasangan hidup, selepas kahwin, selepas dapat anak, urusan mendidik anak dan sebagainya. Tapi, kita sombong - tak rujuk/ikut Allah dan Rasulullah swt. Bila ditimpa masalah, kita menyesal. PREVENTION BETTER THAN CURE dan Islam penuh dengan langkah-langkah PREVENTION. Contohnya, suruhan tutup aurat, larangan jauhi zina, panduan pilih pasangan berasaskan agama (keutamaan) berbanding rupa, harta dan keturunan.