Thursday, June 30, 2011

Ada terima bil-bil daripada Allah?

Kita banyak terima bil daripada manusia untuk apa yang kita guna dalam kehidupan seharian - elektrik, air, telefon, petrol dan sebagainya. Bil-bil tu pula umumnya, sentiasa naik (kekadang dengan begitu kerap dan tinggi kadarnya) walau sesetia mana kita membayarnya atau ianya amat membebankan . Begitulah manusia....sikap ihsannya terbatas. Allah SWT tidak begitu - tiada bil dicaj untuk udaraNya yang kita sedut, titisan air hujanNya yang mendinginkan, pemandangan cantik hamparan bumiNya yang kita nikmati, kecantikan dan kesempurnaan anggota badan yang kita gunakan dan sebagainya. Pun begitu, sesetengah daripada kita lebih menghargai manusia daripada Allah SWT. "Panggilan" manusia didengari manakala "panggilan" Allah dipekakkan. Hukum-hakam manusia diikuti manakala hukum-hakam Allah SWT diabaikan.

Monday, June 20, 2011

Mati dan selepas mati...

Biasanya kita bimbang tentang kematian, perkara yang bukan dalam kawalan kita. Contoh mudah, kita ambil langkah sewajarnya seperti pakai tali pinggang/topi keledar (aspek keselamatan jalanraya), pakai topeng muka bila sesuatu wabak melanda (aspek kesihatan) dan sebagainya. Adakah kita bimbang tentang survival kita selepas mati? Adakah kita bimbang tentang bekalan yang kita ada untuk dibawa bertemu Allah SWT, setelah kita mati?.

Tuesday, June 14, 2011

Bila mata dah ditutupi pitih!

Bila mata sudah ditutupi pitih, orang sudah tidak nampak perkara lain - ibubapa, adik-beradik, jiran tetangga, orang miskin, pengemis, anak yatim, kotak derma masjid, semuanya tak nampak!

Sunday, June 12, 2011

Panggilan ibubapa...

Dalam surah Luqman, ayat 14, Allah SWT berfirman yang maksudnya, "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir penyusuan)." Ketaatan kepada ibubapa sampai ketahap wajib berhenti solat sunat apabila ibubapa panggil. Malangnya, sesetengah daripada kita pula banyak perkiraannya apabila ada "panggilan" daripada ibubapa di kampung. Allah SWT kurniakan bermacam nikmat kepada kita - daripada telefon rumah, kita sudah ada telefon tangan. Daripada motorsikal, kini sudah berkereta malah yang berkuasa kuda pula tu. Ada orang boleh ada pitih untuk pergi bercuti dengan kapal terbang tapi tidak ada pitih untuk balik jengok ibubapa di kampung dengan kapal terbang.

Thursday, June 2, 2011

Masa kita makin suntuk!

Rasa baru kelmarin solat Jumaat. tengah hari ni, solat Jumaat pulok. Ni, dah masuk bulan Rejab. Lepas tu, Syaaban. Kemudian, Ramadhan!. Rasa baru saja bertemu Ramadhan. Ia menjenguk lagi. Maknanya, masa dah berlalu hampir setahun lamanya........tapi masa dirasakan begitu pantas! Yang tersirat, umur juga semakin "pantas" meningkatnya. Kita semakin pantas berlari menghampiri kubur!. Adakah persediaan untuk alam akhirat kita juga "pantas"?. Masa kita makin suntuk!.