Wednesday, February 13, 2013

ASET, LIABILITI & AUDIT


Dalam bidang perakaunan, ada terma aset, liabiliti dan audit. ASET bermakna harta, manakala LIABILITI bermaksud tanggungan/beban. Selepas akaun ditutup pada akhir tahun, akan ada audit. Audit merujuk kepada (antaranya) pemeriksaan/soal-jawab ke atas aset dan liabiliti. Organisasi mahupun individu, biasanya, sentiasa ingin menunjukkan bahawa aset mereka melebihi liabiliti. 

Sebagai hamba Allah, kita dikurniakan tersangat banyak nikmat. Allah swt kata jika kita nak hitung nikmatNya, tidak terhitung kita...antaranya, nikmat ilmu pengetahuan, nikmat pekerjaan, nikmat kenderaan, nikmat pasangan, nikmat keluarga/anak-pinak, nikmat tempat kediaman. Semua tu aset kita di dunia. Manusia berlumba-lumba untuk kumpul dan berbangga dengan aset yang dimiliki. Di akhirat nanti akan ada “audit” ke atas segala aset dan liabiliti kita. 

Persoalannya, adakah...
                 ASET > LIABILITI, ASET < LIABILITI atau ASET = LIABILITI. 

ASET = LIABILITI ialah di mana apa yang kita sangka aset buat kita di dunia akan jadi liabiliti di akhirat. Contoh...di dunia orang sanjung kita sebab tingginya ilmu yang dimiliki. Malangnya, bila di”audit” di akhirat, ilmu tinggi yang dimiliki telah jadikan kita bangga, riak, sombong dan jauhkan diri daripada Allah. Kita memiliki kuasa tetapi kuasa kita gunakan untuk zalimi orang. Kita ada suami kkatang/isteri comel lote, dan anak-anak yang jadi CEO/CFO/UFO. Namun, kita terhalang ke syurga dek pasangan dan anak-anak. Kita ada kereta besar, hebat berkuasa kuda...zooommmmm ddecung kita pandu sampai mokcik pok cik lima beranak naik motorsikal habis basah "disimbah" air ttakung atas jalan oleh tayar kereta kita yang harga RM500 sutir....