Dan barangsiapa berpaling dari peringatanKu,maka sungguh, dia akan menjalani kehidupan yang sempit, dan Kami akan mengumpulkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta ~ Surah Taha, Ayat 124.
Tuesday, June 25, 2013
Thursday, June 20, 2013
Tuesday, June 18, 2013
"Check-in, Check-out"
Pernah check-in dan check-out di hotel/homestay?. Ada ke orang check-in tapi tak pernah
check-out?. Mungkin di lapangan terbang – kita biasa dengar check-in!. Check-outnya?.
Kita “checik-in” di
dunia ini berseorangan. Dari setitis air mani yang hina, Allah bentuk jasad dan
beri kita roh. Ibu gi mari kendung kita dengan susah payah. Bila kita lahir, kua
kua kua...kita bangsat tere (tiada apa-apa), hanya bertelanjang bogel, kita
dibedung dengan kain putih. Kewujudan kita diiringi dengan tangisan kegembiraan
orang sekeliling kita. Kejadian kita jadi kebanggaan Allah – Allah cerita
kepada Malaikat bahawa Dia akan buat kita dan jadikan kita khalifah di bumi. Daripada
berjuta sperma, hanya kita yang lahir- kita orang yang berjaya!. Kita lahir
sebagai umat Rasulullah saw. Rasullulah saw royat ko para sahabat yang antara
yang mulia ialah umatnya yang lahir lama selepas kewafatan baginda, tak pernah
lihat baginda...kita lah tuuuu.
Bila “check-out” daripada dunia yang fana ini, kita kembali
keseorangan, telanjang bogel, kembali “dibedung” dengan kain putih. Kita
kembali bangsat tere (kita tak bawa harta benda dan anak-pinak serta pengikut bersama
ke liang lahad walaupun semasa di dunia kita mampu beli semua dan bina empayar).
Adakah ketiadaan kita kembali ditangisi atau disyukuri?. Adakah kita masih
menjadi kebanggaan Allah atau.....Allah sudah tak sudi memandang kita?.
Allahhhhh....Adakah bila kita “check-out” daripada dunia ini, kita berjaya
mencalonkan diri untuk syurga Firdaus Allah?. Adakah kita masih mulia di mata
Rasulullah saw, ditunggu baginda ditelaganya.....
Subscribe to:
Posts (Atom)