World Cup 2014 makin rancak. Boleh dibahagikan kepada 3 pusingan – pusingan pertama banyakkkkkkk pasukan. Berapa?. Pusingan kedua, 16 pasukan terbaik (Betul ke jumlah ni haaa?)!. Pusingan ketiga, makin sedikit pasukan yang terlibat dalam perjuangan menuju puncak. Di sepanjang proses penentuan juara, banyak injuries, yellow card, red card, keputusan luar jangka dan sebagainya dapat dilihat. Setiap pasukan berjuang hingga ke titisan peluh terakhir sebab tiadanya jaminan untuk berpeluang terpilih lagi dalam World Cup akan datang!.
Kita masih dalam pusingan pertama Ramadhan. Ada 10 awal, 10 pertengahan dan 10 akhir. Perjuangan menuju akhir tak mudah!. Ada “injuries dan cards” nya juga. Malam-malam pertama, ramaiiiiiiiii orang di masjid. Penuh rumbu!. Specialnya Ramadhan, semua orang berpeluang masuk akhir. Tiada kuota!. Allah swt Yang Maha Adil beri peluang kepada semua orang. Cara dan strateginya pun dah dimaklumkan. Hanya nok ko tok se saje. Harapannya, tidak jadi macam tahun-tahun sudah....walaupun tiada kalah-mati, tapi ramai yang cepat mengalah. Sayanglahhhhhh....lebih teruk lagi, takut tergolong dalam golongan celaka...(kisah Rasulullah saw menyebut 3 kali “amin” semasa menaiki mimbar). Insyaallah, Ramadhan akan datang lagi dalam tahun-tahun mendatang tapi kita belum tentu dapat menyertai. Semoga kita antara yang akan sampai ke akhir dan menang dengan penuh bergaya...