Monday, March 28, 2011

Yang dah berlaku vs. Yang belum berlaku...

Abu Hurairah berkata, Nabi SAW bersabda yang maksudnya, "Tidak akan tiba hari Kiamat sehingga ilmu pengetahuan (agama) dilenyapkan, banyak gempa bumi, masa saling berdekatan (semakin singkat), banyak timbul fitnah, banyak huru-hara iaitu pembunuhan, hingga harta benda melimpah ruah di antara kamu." (HR Bukhari, 543).

Berdasarkan Hadis di atas, cuba kita tanda yang mana dah berlaku dan yang mana belum (pada pandangan kita):

1) Ilmu pengetahuan (agama) dilenyapkan
2) banyak gempa bumi
3) masa semakin singkat
4) banyak timbul fitnah
5) banyak huru-hara (pembunuhan)
6) harta benda melimpah ruah

Agak-agak banyak yang dah berlaku ke banyak yang belum berlaku?.

Dunia tua....

Orang kata bila tua, perangai macam budak-budak. Bezanya, budak-budak baru nak memulakan perjalanan, manakala orang tua sudah menghampiri penghujung jalan. Namun, sikap kedua-duanya lebih kurang sama - mudah merajuk, mengharapkan bantuan orang lain, tingkah lakunya tidak dapat diagak, sensitif dan sebagainya. Bulan lepas, semasa saya berada dalam sebuah bank, seorang pak cik tua terkencing hingga basah kerusi tempat beliau duduk. Semua ini menginsafkan kerana jika umur panjang, kita juga berkemungkinan akan "ke situ". Zaman Rasulullah SAW dulu, dunia diumpamakan macam orang tua yang sudah bongkok. Bagaimana keadaan "orang tua bongkok" itu lo ni agaknya?. Jika diamati, dunia dah semakin haru-biru. Dulu-dulu, akhir dan awal tahun, hanya negeri-negeri di pantai Timur sahaja banjir. Lo ni, negeri di Selatan pula banjir. Dulu-dulu, kalau bulan Mac ni, orang di Terengganu dah turun ke laut mencandat sotong. Namun, sejak minggu lepas, di Terengganu, keadaannya macam musim tengkujuh bulan November dan Disember. Kelmarin, saya tidak boleh ke bandar Dungun melalui jalan pantai kerana ombak melepasi hadangan simen dan airnya menutupi jalan......di siang hari!! Hujan turun sejak dua hari lepas tanpa henti.....hujan + angin!. Anginnya pula datang dengan "siulan" yang sesekali menggerunkan. Subhanallah! Banyak sudah peringatan Allah untuk orang yang mahu beringat. Semoga kita semua dirahmati Allah dan memperoleh kebahagian hidup di dunia dan di akhirat.

Tuesday, March 22, 2011

Fesyen dunia fesyen akhirat

Allah SWT berfirman yang maksudnya, "Pakaian mereka (ahli neraka) adalah pelangkin (tar) yang sangat panas..... (surah Ibrahim 14:50). Tiada lagi fesyen yang tidak bertepatan dengan syariat Allah yang diperagakan dengan bangganya di dunia - baju nipis, sendat, ketat, terbelah, "tak cukup kain", "baju adik" dan seumpamanya! BERBALOI KE HIDUP MELANGGAR HUKUM HAKAM ALLAH SELAMA 70/80 TAHUN JIKA DIBANDINGKAN DENGAN AZAB & SEKSAAN YANG MENUNGGU DI AKHIRAT YANG TEMPOH MASANYA...ALLAHUAKBAR! sehari di akhirat ibarat 1000 tahun di dunia (rujuk surah As-Sajdah, ayat 5).

2X...10X...berkali-kali

Wahai orang-orang yang beriman! Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan (kecerobohan), yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu ~ Al-Hujurat, ayat 6.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Orang mukmin tidak boleh disengat dua kali dari satu lubang” (sahih Bukhari)

Monday, March 21, 2011

Tangkal & Syirik

Antara bentuk TANGKAL cara baru umat Islam di Malaysia:
  1. Meletakkan pisau atau gunting di bawah tilam bayi kononnya agar tidak diganggu.
  2. Memakai cincin dan rantai atau tasbih kayu kokka dengan kepercayaan bahawa ia dapat mendatangkan kebaikan dan menjauhkan keburukan.
  3. Meminum air za'faran tertentu dengan meyakini ia membawa kebaikan secara pasti dan luar biasa
Semua ini adalah bentuk tangkal dan boleh membawa kepada syirik.

Nabi SAW melarang tangkal (Tamimah) secara umum termasuk yang dibuat daripada ayat al-Qur'an. Nabi SAW bersabda yang maksudnya, "Sesungguhnya jampi, tangkal dan pengasih ialah syirik." (Riwayat Ahmad dan Abu Daud. Albani menganggapnya hasan).

(petikan buku "Formula Solat Sempurna" oleh Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman)

Jangan pertikai hukum Allah SWT

Jangan pertikai hukum Allah SWT kerana dibimbangi kita termasuk dalam golongan yang dinyatakan dalam ayat berikut: "Adakah patut kamu semua beriman dengan sebahagian kitab dan kamu ingkar dengan sebahagian kitab yang lain. Maka tiadalah balasan bagi mereka yang melakukannya melainkan kehinaan di dunia dan pada hari kiamat nanti mereka akan dikembalikan kepada azab yang sangat pedih." ~ (al-Baqarah, 2: 85)

Awaklah jago mok...

Bakpo orang tak berebut-rebut untuk jaga ibubapa mereka seperti kanak-kanak berebut-rebut kutip gula-gula yang ditabur semasa acara sukaneka hari keluarga? Abdullah bin Mas'ud pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, "Apakah yang paling dicintai Allah SWT?". Baginda menjawab, "Solat tepat pada waktunya." Abdullah bertanya lagi, "Lalu apa lagi?". Baginda menjawab, "Berbakti kepada ibubapa." Kemudian Abdullah bertanya lagi, "kemudian apa lagi?". Baginda menjawab, "Jihad di jalan Allah." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Hebat sungguh ganjaran berbakti kepada ibubapa sehingga kedudukannya lebih tinggi daripada berjihad di jalan Allah.

Tuesday, March 15, 2011

Sikap TAWADUK Nabi SAW

Allah SWT beri tawaran kepada Nabi SAW, iaitu samada sebagai seorang raja ataupun hamba yang bertaraf nabi. Lalu, baginda memilih untuk menjadi seorang nabi dan hamba Allah sebagaimana sabdanya yang bermaksud, "Aku memilih untuk menjadi seorang nabi dan hamba Allah, yang suatu hari lapar dan suatu hari kenyang. Ini supaya pada hari yang lapar aku dapat berdoa kepada Allah SWT, manakala pada hari yang kenyang aku dapat bersyukur kepada Allah SWT." (hadis riwayat Imam Ahmad dan al-Tirmizi).

Friday, March 11, 2011

Ikatan setan...

Abu Hurairah mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Setan mengikat tengkuk salah seorang di antara kamu pada waktu tidur dengan tiga ikatan. Pada setiap ikatan dikatakan, "Bagimu malam yang panjang, maka tidurlah". Apabila ia bangun dan ingat kepada Allah, maka lepaslah satu ikatan. Jika dia berwuduk, maka lepaslah satu ikatan (lagi). Dan jika dia mengerjakan solat, maka terlepaslah seluruh ikatannya. Dia memasuki pagi hari dengan tangkas dan segar jiwanya. Jika tidak, maka dia masuk pagi dengan jiwa yang buruk dan malas". (HR Bukhari, 594).

Hanya tinggal nama....


Nabi juga Bersabda : "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya Namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya Tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali " (HR Al Baihaqi)

Wednesday, March 9, 2011

Solat (5=50)

Dalam perjalanan mi'raj ke Sidratul Muntaha, Rasulullah SAW mendapat wahyu pelaksanaan solat. Perintah solat diberlakukan kepada umat Rasulullah SAW sebanyak 50 kali dalam sehari semalam, tetapi baginda memohon keringanan bagi umatnya sehingga kemudian perintah solat menjadi 5 kali dalam sehari semalam. Apabila solat ini dilaksanakan dengan penuh iman dan ikhlas kerana Allah SWT, pahalanya sama dengan yang 50 kali. (hadis Bukhari)

Tuesday, March 8, 2011

Menguap...

Hadis riwayat Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "menguap itu termasuk dari (gangguan) setan, maka jika seorang dari kamu menguap, hendaklah dia menahan semampunya." (HRMuslim, 5310)

Monday, March 7, 2011

Jangan cepat berputus harap dengan Allah

Hadis riwayat Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Akan dikabulkan doa seseorang diantara kamu sekalian selama dia tidak terburu-buru berkata, "Aku sudah berdoa, tetapi aku tidak atau belum dikabulkan." (HR Muslim, 4916).

Sunday, March 6, 2011

Apa nak buat kepada jenazah?

Minggu lepas, saya berpeluang mengikuti kursus pengurusan jenazah. Saya nak kongsi nota ustaz tentang apa yang perlu dilakukan waris kepada jenazah (ditakdirkan kita orang yang pertama berada dekat mayat):Apa yang perlu dilakukan oleh waris kepada jenazah?
  1. pejamkan matanya
  2. melembutkan sendi-sendinya yang keras - guna minyak kelapa jika perlu.
  3. mengikat dagunya ke kepala.
  4. mendoakan simati dan keluarganya supaya mereka beroleh kebaikan di dunia dan di akhirat.
  5. menghadapkan jenazah ke arah kiblat.
  6. letakkan sesuatu benda yang berat di atas perutnya.
  7. letakkan kedua-dua tangannya di antara dada dan pusat seperti orang solat.
  8. menutup keseluruhan tubuhnya.
  9. menanggalkan pakaian asal dan memakainkan pakaian yang lain.
  10. segerakan membayar hutangnya (jika ada)
  11. menghebahkan kematiannya terutama kepada ahli keluarganya
  12. jangan menjerit dan meratapinya, memukul-mukul pipi, mengoyak-ngoyak baju.

Orang hidup ke orang mati?

Hadis riwayat Abu Musa r.a., dari Nabi SAW, baginda bersabda yang bermaksud, "Perumpamaan rumah yang tempat mengingat Allah dan rumah yang bukan tempat mengingat Allah adalah seperti perumpamaan orang hidup dan orang mati." (HR Muslim, 1299).

Ambil masa untuk duduk sejenak dan fikir, rumah kita ni "orang hidup"ke "orang... mati".

A,B,C,D.E,F.....

Minggu ini minggu pelajar menduduki peperiksaan. Dalam hal ini, mungkin kita menadah tangan kehadrat Allah SWT memohon agar anak kita berjaya dapat 5A/10A/12A/semua A. Tapi, pernah atau tidak kita berdoa agar ilmu yang anak kita pelajari itu berkat dan mendapat redha Allah. Kalau tidak pernah, kena didoakan sedemikian. Sebabnya walaupun dapat semua A tapi ilmu yang dipelajari tidak berkat, ianya tidak akan memberi manfaat kepada sianak dan kita sebagai ibubapa mereka. Ada anak dapat A dalam pelajaran, kemudian dapat kerja pun yang jenis A dengan gaji A, kepakarannya juga A. Namun, akhlaqnya dengan Allah, ibubapa, manusia serta makhluk Allah, F atau dok masuk gred! - dok tutup aurat, rasuah, derhaka ibubapa, halal/haram "hantam sajalah labu", sepak terajang bini, didik anak pula hanya beri makan pakai, agama tak payah!, duit dia duit dia duit orang duit dia. Prinsip hidupnya, "No money, no business, get loss!". Alangkah bahagianya kita jika ada anak-anak yang A dunia dan A akhirat.

Friday, March 4, 2011

Percaya Ilmu Bintang

Petikan dari buku, "Formula Solat Sempurna", karya Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman:

Imam Bukhari dalam sahihnya berkata bahawa Imam Qatadah berkata: Allah menjadikan bintang untuk 3 tujuan, iaitu sebagai: (1) perhiasan langit (2) perejam syaitan (3) pedoman arah tuju.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa yang mengambil panduan satu cabang daripada ilmu perbintangan maka itu bermakna ia telah mengambil satu cabang daripada ilmu sihir dan bertambah selama ia bertambah" (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah)

Dalam zaman moden ini, jenis kesyirikan ini boleh berlaku bila ada individu yang kerap dan suka menilik bintang kelahirannya seperti Leo, Capricon, Sagit-tarius dan lain-lain.