Dan barangsiapa berpaling dari peringatanKu,maka sungguh, dia akan menjalani kehidupan yang sempit, dan Kami akan mengumpulkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta ~ Surah Taha, Ayat 124.
Tuesday, July 26, 2011
Wednesday, July 20, 2011
Tinggal solat....
"Apakah yang menyebabkan kamu memasuki Neraka Saqar?"Mereka menjawab:"Dahulu (semasa di dunia) kami termasuk orang-orang yang tidak bersembahyang. (Al-Muddaththir Ayat 42-43).
Mengabaikan solat akan menjadi orang yang hina. (Surah Al-Isra: 79)
Bersabda Rasulullah, 'Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka Allah dan Rasul-Nya tidak akan bertanggungjawab terhadapnya'. (H.R. Ahmad)
Daripada Jabir r.a bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: “Perbezaan antara kufur dan iman itu ialah meninggalkan sembahyang"
Sabda Rasulullah SAW, Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibandingkan dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kaabah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.
Monday, July 18, 2011
Kita di hujung tanduk....insaflah, bersedialah...
Petang tadi dapat berita, kawan kepada kawan, seorang guru berumur 44 tahun meninggal dunia. Khabarnya masalah jantung - balik daripada ziarah anak di asrama, mengadu letih, dibawa ke hospital, dan dalam masa 24 jam, dimaklumkan meninggal. Mendengar ini, hati saya rasa berdebar sekali. Mungkin kerana situasi Allahyarham dekat dengan saya - berumur awal 4oan, sedang meniti tangga kerjaya, sedang berusaha membina kehidupan yang sempurna untuk keluarga tercinta. Hal kematian ini walaupun kita tak nak memikirkannya, kena juga fikir. Malah, kata Allah, orang yang bijak ialah orang yang sentiasa memikirkan hal kematiannya. Kepulangan ke rahmatullah dengan tiba-tiba seperti yang berlaku kepada Allahyarham sahabat kita tadi boleh berlaku kepada sesiapa saja. Hati saya berdebar sekali kerana persoalan-persoalan berikut bermain di fikiran saya - jika ini berlaku, apa yang aku ada untuk dipersembahkan kepada Allah SWT? Aduhhhh....bagaimanalah nasib aku di alam barzakh nanti?. Bagaimana dengan persoalan Mungkar dan Nakir?. Adakah kuburku akan jadi salah satu daripada taman syurga atau salah satu kawah api neraka?. Terasa banyak lagi tanggungjawab tidak dilaksanakan seperti yang Allah SWT kehendaki - sebagai suami, sebagai ayah, sebagai anak, sebagai jiran, sebagai rakan, sebagai abang/adik, sebagai menantu, sebagai hamba. Sungguh.....berita kematian yang saya terima kali ini begitu memberi kesan sekali kepada hati ....YA ALLAH! AMPUNILAH DOSA-DOSAKU. AKHIRILAH HIDUPKU DENGAN PENGAKHIRAN YANG BAIK DAN JANGAN DIAKHIRI HIDUPKU DENGAN PENGAKHIRAN YANG TIDAK BAIK. PERMUDAHKANLAH AKU MENGHADAPI SAKARATULMAUT. LEPASKANLAH AKU DARIPADA AZAB KUBUR DAN SIKSA API NERAKAMU. IZIN DAN REDA LAH AKU UNTUK MEMASUKI SYURGAMU...
Saturday, July 16, 2011
Maafkan orang, untungkan kita....
Memaafkan orang yang membuat salah kepada kita sebenarnya tidak menguntungkan orang itu tetapi menguntungkan kita sendiri. Ini kerana dengan memaafkan orang yang bersalah kepada kita, kita telah melepaskan racun kebencian dan dendam yang dikemam dalam mulut kita. (rujukan: Tanyalah Ustaz, 17/7/2011)
Friday, July 15, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)