Petang tadi dapat berita, kawan kepada kawan, seorang guru berumur 44 tahun meninggal dunia. Khabarnya masalah jantung - balik daripada ziarah anak di asrama, mengadu letih, dibawa ke hospital, dan dalam masa 24 jam, dimaklumkan meninggal. Mendengar ini, hati saya rasa berdebar sekali. Mungkin kerana situasi Allahyarham dekat dengan saya - berumur awal 4oan, sedang meniti tangga kerjaya, sedang berusaha membina kehidupan yang sempurna untuk keluarga tercinta. Hal kematian ini walaupun kita tak nak memikirkannya, kena juga fikir. Malah, kata Allah, orang yang bijak ialah orang yang sentiasa memikirkan hal kematiannya. Kepulangan ke rahmatullah dengan tiba-tiba seperti yang berlaku kepada Allahyarham sahabat kita tadi boleh berlaku kepada sesiapa saja. Hati saya berdebar sekali kerana persoalan-persoalan berikut bermain di fikiran saya - jika ini berlaku, apa yang aku ada untuk dipersembahkan kepada Allah SWT? Aduhhhh....bagaimanalah nasib aku di alam barzakh nanti?. Bagaimana dengan persoalan Mungkar dan Nakir?. Adakah kuburku akan jadi salah satu daripada taman syurga atau salah satu kawah api neraka?. Terasa banyak lagi tanggungjawab tidak dilaksanakan seperti yang Allah SWT kehendaki - sebagai suami, sebagai ayah, sebagai anak, sebagai jiran, sebagai rakan, sebagai abang/adik, sebagai menantu, sebagai hamba. Sungguh.....berita kematian yang saya terima kali ini begitu memberi kesan sekali kepada hati ....YA ALLAH! AMPUNILAH DOSA-DOSAKU. AKHIRILAH HIDUPKU DENGAN PENGAKHIRAN YANG BAIK DAN JANGAN DIAKHIRI HIDUPKU DENGAN PENGAKHIRAN YANG TIDAK BAIK. PERMUDAHKANLAH AKU MENGHADAPI SAKARATULMAUT. LEPASKANLAH AKU DARIPADA AZAB KUBUR DAN SIKSA API NERAKAMU. IZIN DAN REDA LAH AKU UNTUK MEMASUKI SYURGAMU...
No comments:
Post a Comment