Selepas UPSR minggu lepas, anak saya ikut lawatan ke Langkawi, Perlis, KL dan Shah Alam. Berkilo-kilo pesanan dan nasihat saya dan isteri berikan kerana maklumlah, anak kami tu tak pernah bermusafir tanpa kami berdua. Semasa mengangkat beg ke dalam bas, saya tengok ibubapa lain pun begitu juga - pesanan diberikan hingga ke saat anak-anak pijak tangga bas. Malah, ada yang masih "berkomunikasi" walaupun anak sudah duduk dalam bas - tiba-tiba saja ibubapa dan anak jadi pandai bahasa isyarat!. Banyaknya bekalan yang disediakan ibubapa hingga setiap seorang begnya macam orang nak gi umrah/haji!. Bimbang dan ambil kisahnya ibubapa kepada sianak yang akan merantau selama 4 hari. Insyaallah, akan kembali semula kepangkuan.
Terfikir saya, adakah kita selaku ibubapa "memberikan pesanan dan bekalan" sebegitu rupa kepada anak-anak untuk perjalanan one-way mereka ke destinasi akhirat nanti. Yang pasti, perjalanan di alam baka amat sukar tanpa bekalan secukupnya - bermula dengan sakaratul maut, alam kubur, padang mahsyar, timbangan amal, titian sirath sebelum destinasi akhir syurga/neraka.
No comments:
Post a Comment