Thursday, August 23, 2012

Projek WAKAF BUKU/MAJALAH ISLAMIK


Kita banyak menunggu - menunggu untuk rawatan di klinik, menjaga saudara mara yang dimasukkan ke wad, menunggu azan dalam surau/masjid, menunggu giliran dalam kedai gunting. Kebosanan menunggu ditambah dengan tiada apa yang kita lakukan. Masa dihabiskan dengan berkhayal, mengumpat dan sebagainya. Lebih malang jika masa diisi dengan membaca majalah yang tiada nilai ilmu (misalnya majalah hiburan XXX, dll.). Alangkah baiknya jika di tempat kita menunggu ada di sediakan majalah/buku Islamik yang dapat meningkatkan ilmu dan kefahaman agama kita.

Jadi, jom sertai saya dalam projek WAKAF MAJALAH/BUKU ISLAMIK ini. Modus operandinya, saya dapatkan sumbangan daripada rakan sekerja dan mereka yang sudi menyumbang, beli majalah terpilih (seperti solusi, Al-ustaz, Gen-Q, al-Mathurat, dll.) dan letakkan di lokais terpilih (rujuk diagram di atas). Aktiviti ini adalah secara bulanan. Setakat ini, alhamdulillah, ianya sudah berjalan selama 6 bulan. 

Buku "PERINGATAN BUAT DIRI (1 & 2)"

BERMINAT UNTUK BELI BUKU-BUKU BERIKUT,
HUBUNGI PENULIS DI 019-917 3234 / 019-957 2234

Buku “PERINGATAN BUAT DIRI (2)”
Harga: RM12

Kandungan:
Medical checkup, soalan bocor, anak kunci, sibuk, tidur…, bil daripada Allah, konvokesyen, CCTV, menikmati sakit, sijil, berapa lama?, berapa nombor giliran kita?, sampah jiran, dosa, kita dan ibu, susuri jalan ikhlas, maafkan orang…, nasi ayam, nisbah 1:2, cahaya, sikap terhadap isteri, aku sudah tua?, Doakan untuk didoakan…, …., ….., …..

Buku “PERINGATAN BUAT DIRI (1)”
Harga: RM10

Kandungan :
ANALOGI KEHIDUPAN - "user manual" kehidupan, kita buih!, tak takut sebab tak kenal, ubat, bonzai, 100 meter terakhir! pecut, main wau di baroh, ...
SIKAP - Pitih aku..ikut suka akulah!, Mudahkan urusan urusan orang lain, kena hulur, susah nak tidur, Lihatlah ke bawah, Aku, aku dan aku!, Selesa dalam kejahilan,
KEKELUARGAAN - sanggup, bersedia dan ikhlas, Awaklah jaga mak, ibubapa derhaka, sayang bawa rebah, anak: bawa sentosa atau seksa?, isteri berleter, ....
UMUM - Dunia tua, roda kehidupan, azan, saat kalut, perjalanan, bolehkah aku jadi VIP?, ...

Thursday, August 16, 2012

"Balance c/f"






Saya dalam bidang Perakaunan. Pernah dengar tentang "T-Account"?. Dalam "T-Account" ada terma "Balance c/f". Balance c/f adalah baki penutup bagi bulan ini yang akan dibawa ke bulan hadapan sebagai baki permulaan. Kita di penghujung Ramadhan 1433H/2012. Usahakan agar amalan kita di bulan Ramadhan "dibawa" ke bulan Syawal dan bulan-bulan seterusnya. Kita boleh berpuasa sunat Isnin dan Khamis, atau 3 hari dalam sebulan. Kita boleh bersedekah, solat-solat sunat seperti witir, tahajjud, hajat, tasbih (kecuali solat Terawih yang dikhaskan untuk Ramadhan sahaja), kita boleh berzikir, iktikaf dalam masjid, solat berjemaah di masjid, baca/tadarrus Al-Qur'an, dengar tazkirah dan sebagainya.

Selamat tinggal Ramadhan 1433H/2012

Ramadhan 1433H/2012 hanya tinggal hari ini dan esok, 2 hari saja lagi...Apakah aku sudah lakukan yang terbaik untuk Ramadhan kali ini?. Adakah amalan-amalan aku akan diterima Allah swt?. Adakah aku akan akan berjumpa lagi Ramadhan 1434H/2013?. Selamat tinggal Ramadhan 1433H/2012...selamat tinggal bulan yang penuh barakah.... Selamat tinggal peluang untuk dapat pahala amalan umpama 1000 bulan (83 tahun).....Ya Allah! Engkau terimalah segala amalan aku sepanjang Ramadhan ini kerana aku amat mendambakannya. Rahmati dan berkatilah aku sentiasa....
Tiada guna kehidupan kita di dunia ini jika kita tidak mendapat keampunan daripada Allah swt.

Tuesday, August 7, 2012

BONUS...



Suka dok kita dapat bonus? Suka!. Ada ke orang yang tak suka bonus? Kita nak panggil apa orang yang tak suka bonus?. Orang yang normal akan suka bonus sebab bonus biasanya dalam bentuk pitih. Kalau ikut hukum manusia, orang yang ada pitih, hidupnya senang, cakapnya orang dengar (walaupun dia lebong), mari lewat pun orang tunggu, buat jahat pun dilihat baik dan lain-lain lagi. Cara berjalan di ketika kita berduit dan di ketika kita tak berduit pun berbeza. Masa berduit, jalan kita juk jak juk jak...melangkah dengan penuh kenyakinan. Masa bangsat tereh, jalan sedikit senget!. Bagaimana reaksi kita jika bila kita gi cocoh kad di ATM, bonus kita tak masuk lagi?. Orang lain semuanya dah masuk bonus mereka... Tentunya kita rasa kecewa, murih dan sakit hati!!. Mungkin kita akan terus ke pejabat akauntan. Daki bangunan 4 tingkat selaju setingkat sebab langkah 5 anak tangga sekaligus!.Ramadhan, peluang kita dapat bonus. Bos kepada segala bos iaitu Allah swt. , janjikan kita pelbagai bonus – sunat dapat pahala wajib, wajib dapat pahala berganda, ibadat 1 malam umpama 1000 bulan atau 83 tahun (Lailatul Qadr). Adakah kita suka atau tak suka?. Untuk Ramadhan 1433H/2012 ni, kita ada lebih kurang 10 hari sahaja lagi untuk kaut bonus. Rugilah kita jika di akhirat nanti, orang lain seronok “kira bonus” mereka, kita pula “tiada bonus yang masuk”, walaupun dah “bekerja” selama 20/30/40/50 tahun!.

Wednesday, August 1, 2012

Patuh hukum manusia, langgar hukum Allah...


Bila peraturan manusia kita bermatian patuh dan pada masa yang sama, hukum Allah swt kita tak rasa bersalah untuk melanggarnya.....Allah sudah tiada dalam jiwa kita...