Dan barangsiapa berpaling dari peringatanKu,maka sungguh, dia akan menjalani kehidupan yang sempit, dan Kami akan mengumpulkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta ~ Surah Taha, Ayat 124.
Tuesday, May 21, 2013
HATI
Berapa lama dah kita hidup di dunia ini? 26/30/35/45/55 tahun?
Koleksi dosa kita mungkin setiap hari/jam/minit/saat - kecil dan besar!.
Hati kita mungkin dah lama bertepek wek dengan tompokan hitam.
Keras sampai dicuci dengan clorox pun dok degih!.
Malanglah jika kita sudah sampai ke tahap buat maksiat pun tak rasa bersalah. Malah..berbangga!
Jika ini berlaku, hati kita sudah MATI!!.
Namun, Allah swt Maha Kaya, penuh sifat kasih sayang kepada hamba-Nya.
ROBA LAH HITAM KELAM HATI KITA DENGAN TAUBAT...SEBELUM TERLAMBAT!
Rasulullah SAW pernah bersabda :
"Sesungguhnya seseorang mukmim bila mengerjakan satu dosa atau kesalahan, maka setiap kesalahan dan dosa itu akan berupa titik hitam pada hatinya. dan bila dia menyedari dosa dan kesalahan itu, lalu menyesali dirinya dan dan meminta ampun, hatinya menjadi bersih. Tetapi bila kesalahan itu di tambahnya, maka titik hitam itu akan bertambah pula sehingga hatinya akan menjadi gelap dan hitam seluruhnya. Inilah yang dikatakan Allah: Sungguh sudah tersumbat hati mereka kerana perbuatan mereka itu.." (HR Al-Hakim, Tarmizi dan Nasa').
Monday, May 20, 2013
"SKROL"
Hari ni (20 Mei 2013) saya hadir majlis konvokesyen pelajar. Saya ucapkan TAHNIAH & SYABAS kepada para pelajar saya yang bergelar graduan dan diraikan dalam majlis konvokesyen hari ini. Gambar di atas ialah gambar saya bersama rakan sekerja, sedang berada dalam bilik menunggu untuk perarakan masuk ke dewan besar.
Tercetus dalam hati saya pasal
skrol. Bagaimana agaknya “skrol” yang masing-masing akan kita terima semasa
hari “konvokesyen” kita di akhirat nanti. Masa tu, adakah kita akan pakai topi
dan jubah seperti yang kami pakai dalam gambar di atas?. Adakah masa tu, perasaan
semua orang dalam mood gembira seperti yang kami alami hari ini? Adakah “skrol”
kami itu akan kami terima di sebelah tangan kanan atau kiri kami?. ALLAHUAKBAR!
Tuesday, May 14, 2013
Orang baik vs. Orang jahat
Jadilah orang baik – bila ada disukai, bila tiada dirindui,
bila mati ditangisi.
Jangan jadi org jahat - bila ada org meluat, bila tiada
disukai, bila mati disyukuri.
Subscribe to:
Posts (Atom)