Monday, May 20, 2013

"SKROL"





Hari ni (20 Mei 2013) saya hadir majlis konvokesyen pelajar. Saya ucapkan TAHNIAH & SYABAS kepada para pelajar saya yang bergelar graduan dan diraikan dalam majlis konvokesyen hari ini. Gambar di atas ialah gambar saya bersama rakan sekerja, sedang berada dalam bilik menunggu untuk perarakan masuk ke dewan besar.

Tercetus dalam hati saya pasal skrol. Bagaimana agaknya “skrol” yang masing-masing akan kita terima semasa hari “konvokesyen” kita di akhirat nanti. Masa tu, adakah kita akan pakai topi dan jubah seperti yang kami pakai dalam gambar di atas?. Adakah masa tu, perasaan semua orang dalam mood gembira seperti yang kami alami hari ini? Adakah “skrol” kami itu akan kami terima di sebelah tangan kanan atau kiri kami?. ALLAHUAKBAR!

No comments:

Post a Comment