Syurga seorang isteri dalam redha suaminya. Syurga seorang suami dalam redha ibubapanya. Justeru, seorang isteri perlu bantu si suami untuk mendapatkan syurganya. Bantu dan sokong suami untuk mentaati ibubapanya,
“Abang, Jom kita ziarah ibu minggu ni. Lama dah abang tak balik tengok ibu”,
“Abang, ajaklah ibu tinggal dengan kita”.
“Abang. Ibu abang sakit tu…bagaimana kalau saya ambil cuti untuk jaga dia!”.
Elak daripada…
“Apalah abang ni. Asyik nak balik kampung tengok mak je. Mak tu tak ke mananya. Saya ni, ajak abang pergi shopping/jalan-jalan ke kampung New Zealand dari dulu lagi. Abang tak layan pun!". “Apasal abang yang asyik kena ambil tahu pasal mak?. Adik beradik lain kan ada".
Sebelum ibu ayah dimasukkan ke dalam liang lahat, berkhidmatlah kepada mereka....
No comments:
Post a Comment