Pada 16 Nov
2013 (Sabtu), saya hadir majlis konvokesyen para pelajar saya. Saya ucapkan ALHAMDULILLAH,
TAHNIAH dan berbangga dengan kejayaan mereka. Tetapi focus perbincangan saya di sini ialah
analogi menunggu di majlis konvo ini dengan menunggu penghakiman Allah swt di
akhirat.
Seramai
lebih 300 graduan yang menerima skrol mereka pada Sidang ini daripada keseluruhan
1,000 lebih graduan untuk majlis konvokesyen selama 3 hari ini. Anda suka
menunggu? – menunggu bini shopping, giliran di bank, dalam deretan kenderaan semasa
kesesakan lalu lintas/di plaza tol, untuk masuk ke bilik rawatan di
hospital/klinik. Saya yakin kebanyakan daripada kita tak suka menunggu. Sidang
yang saya hadir ini berlangsung selama +- 3 jam (menunggu sebelum masuk dewan,
berbaris untuk masuk ke dewan dan duduk dalam dewan). Setiap graduan naik ke
pentas seorang demi seorang apabila nama mereka dipanggil untuk menerima skrol masing-masing. Semakin
lama majlis berlangsung, saya lihat muka para hadirin menunjukkan kebosanan.
Buktinya, bila pembaca nama graduan menyebut, “Dannnnnnnnnnnn……” sebelum menyebut nama graduan terakhir, terdengar
ungkapan kelegaan secara spontan daripada para hadirin.
Dalam keadaan selesa dewan
berhawa dingin, duduk, diselangi alunan lagu-lagu dan hanya 300 orang lebih pun
kita dah bosan, inikan pula keadaan di akhirat, menunggu penghakiman Allah di
padang Mahsyar. Dikhabarkan matahari sejengkal di atas kepala dan digenangi
peluh manusia. Berapa lama tu? Tak tahulah tapi penghakiman tu bukan untuk 300
lebih orang tetapi untuk semua manusia. Bukan manusia di Ganung atau Malaysia
saja tetapi untuk satu dunia. Bukan hanya dunia tahun 2013, manusia yang hidup semenjak
nabi Allah Adam hingga Kiamat. Berapa ramai tu? Setiap orang pula berapa lama
perbicaraannya? Allah swt kata setiap perlakuan walaupun sebesar zarah akan
diambilkira. Berapa lama setiap seorang daripada kita hidup di dunia? Akan ada ulang tayangnya. Rasulullah saw
kabo kepada kita – tidak akan berganjak kaki anak Adam di akhirat sehingga
ditanya 4 perkara (tentang umur, ilmu, harta dan tubuh badan). Dalam surah
As-Sajdah, ayat 5, Allah swt pula beritahu kita yang 1 hari di akhirat
bersamaan 1000 tahun di dunia. Allahuakbar!. Lepas sidang konvo selama 3 jam
lebih, kita boleh balik rumah, tengok TV dan tidur/berehat. Lepas penghakiman
Allah di akhirat, ke mana kita?
Mengingati
ini semua, ber"hijrah"lah kita - baiki diri untuk bersedia menghadapi
penghakiman Allah nanti. Jangan jadikan kita orang yang meruntuhkan
Islam. Jangan kita jadi penyebab orang buat maksiat atau menjauhi Islam.
Berusahalah kita untuk jadi antara 7 "VVIP" di akhirat Allah kerana
sesungguhnya azab Allah amat pedih.
No comments:
Post a Comment