Wednesday, April 13, 2011

Siapa kata pitih kita tu hakmilik kita? Pitih itu, walaupun kita yang cari, ianya milik Allah. Segala-galanya milik Allah termasuk juga lah tubuh badan kita. Firman Allah yang bemaksud, "Milik Allahlah apa yang di langit dan di bumi. Sesungguhnya Allah, Dialah yang Maha Kaya, Maha Terpuji". (Luqman, ayat 26)

Bila bukan milik kita, jangan buat sewenang-wenangnya. Kena guna ikut saranan pemiliknya, iaitu Allah SWT. Allah kata pitih lebih yang Dia beri tu hendaklah digunakan untuk bantu mereka yang memerlukan dan bukannya semata-mata untuk kepentingan diri sendiri. Itu tanda kita bersyukur dengan anugerahNya. Jika tidak, Dia boleh ambil bila-bila masa.

Tuesday, April 12, 2011

Suara lembut dan manja wanita....

Maksud Firman Allah SWT, "...Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit dihatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik (kandungan dan tatacaranya)". - Al-Ahzab: 32

Suara wanita dikira aurat bila ianya tidak dalam keadaan biasa tetapi dalam keadaan yang dilunakkan dan dimanjakan. Para ulama tafsir sepakat suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan yang tidak harus dipertonton dan diperdengarkan kepada lelaki bukan muhrim (rujukan: Majalah Muslimah, April 2011).

Monday, April 11, 2011

Solat anak...

Kita susah hati bila kita suruh anak solat, dia liat atau tak solat dengan sempurna. Pernahkah kita terfikir yang berkemungkinan kaedah kita dalam didik anak berkaitan solat ini salah - 1) kita SURUH dan bukannya AJAK!, 2) sejak BILA kita suruh (atau ajak)?, 3) Ada kita perhati dan BETULKAN solatnya secara berterusan? Ibubapa adalah guru terbaik kepada anak-anak. Adakah kita?

+2, -2


Luqmanul Hakim berpesan untuk kita ingat 2 perkara dan lupakan 2 perkara:
  • Ingat segala perbuatan baik orang terhadap kita dan lupakan segala kebaikan kita kepada orang.
  • Lupakan kejahatan orang kepada kita, tetapi ingat segala perbuatan buruk kita kepada orang.
Pesanan ini bertujuan mengelakkan kita daripada perasaan sombong, riak dan suka mengungkit kerana sifat manusia yang mudah melupakan jasa orang dan suka menonjolkan kebaikan diri sendiri. Seterusnya, kita akan jauh daripada perasaan dendam dan sakit hati terhadap orang. Kita juga akan sentiasa bertaubat dan berusaha untuk membetulkan kelemahan diri.

Allah nak tengok...

Ujian ahli keluarga yang sakit boleh dilihat dari pelbagai perspektif berbeza. Satunya, Allah nak tengok sejauh mana kita yang sihat segar bugar menghadapinya. Ianya satu "offer" untuk buat pahala daripada Allah SWT. Biasanya "offer" yang bagus datang sekali saja. Ianya juga tak tunggu lama - jika kita dok kluk klek kluk klek, ia hilang.

Sunday, April 10, 2011

Megah di dunia, azab di akhirat...

Perhati dan belajar daripada ciptaan Allah

Buah manggis (atau di kampung asal saya, orang panggil buah ssetor) adalah antara buah kegemaran saya. Nak kongsi apa yang didengar daripada CD ceramah Ustaz Muhammad Kazim Elias tentang buah ini.
  1. Kulit luaran buah ini tak menarik - hitam bertampong-tampong. Namun, di dalam, isinya putih melepak. Berusahalah untuk mencontohi manggis - walaupun fizikal kita tak menarik, pastikan hati kita suci bersih! Tiada perasaan hasad dengki, dendam, benci, riak, sombong, ujub, pandang rendah kepada orang dan lain-lain sifat mazmumah.
  2. Jika bunga di luar buah (seperti yang ditunjuk anak panah merah dalam grafik di atas) ada misalnya, 6 jari, insyaallah, bilangan ulas isi di dalam buah juga ada 6. - malangnya, manusia tak macam tu. Luar, mulut kata sayang, hati di dalam benci meluat. Di depan kata lain, di belakang lain pula ceritanya.

Tuesday, April 5, 2011

Solat di ketika sukar dan senang....





Orang lain berusaha untuk mentaati perintah Allah walaupun dalam keadaan sukar. Takkan lah kita yang berkenderaan kuasa kuda, masjid/surau gah dengan karpet empuk/kipas/pendingin hawa, masih liat nak hadir solat berjemaah. Apa alasan kita di mahkamah agung Allah di akhirat nanti?. INGAT! Berwaspadalah dengan kemewahan, kesenangan dan keamanan kerana ianya juga ujian daripada Allah SWT.

Jangan mudah menuduh....

Firman Allah yang bermaksud, “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik. (Surah al-Nur: ayat 4).

Bantu mudahkan urusan orang lain

Ibnu Umar r.a., berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Barangsiapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barangsiapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan Hari Kiamat nanti. Dan barangsiapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada Hari Kiamat." (HR Muslim, 4677)

Monday, April 4, 2011

Sanggup, bersedia dan ikhlas...


Setakat kita hidup ini, mungkin tiada ujian hebat ke atas kita. Ada orang dah diuji dengan kematian anak/suami, penyakit kronik, kemalangan, kebinasaan harta benda, kegagalan, kemiskinan, empat daripada lima anak cacat…Macam ada orang kata, “Malaysia ini berkat sebab tak seperti banyak negara lain yang dah kena macam-macam- Tsunami sampai berkali-kali, gempa bumi, ribut taufan, gunung berapi, malapetaka berganda, peperangan”. Adakah kita berkat/beruntung/baik/Allah sayang, sebab tidak diuji dan yang diuji itu dilaknat/rugi/jahat/Allah benci?. Firman Allah SWT bermaksud,

“Apakah kamu mengira, kamu akan dimasukkan ke dalam syurga, selagi belum tiba kepada kamu ujian yang telah didatangkan kepada orang-orang sebelum kamu? Mereka diuji dengan kepapaan dan serangan penyakit serta digoncangkan. Sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman dengannya: Bilakah pertolongan Allah (hendak sampai)?…” (Al-Baqarah, ayat 214).

Selepas sekian lama berjalan di jalan mendatar, tiba-tiba kita berhadapan dengan pendakian….ujian hebat buat kita didatangkan Allah melalui ibu atau ayah yang uzur! …di masa kita sendiri berstatus ibu atau ayah!. Adakah kita sanggup, bersedia dan ikhlas - Ambil cuti tanpa gaji? Berhabis duit? Berkorban masa, keringat, rehat dan hobi? Berpisah seketika dengan isteri/suami/anak-anak? Atau kita hanya sanggup terlibat macam jiran-jiran dan kenalan – datang ziarah untuk 30 minit, kemudian balik tidur lena…hanya hulur duit sebab kita orang berduit?. Kita hanya ada seorang ibu dan seorang ayah. Justeru, kita hanya ada satu peluang dengan ibu dan satu peluang dengan ayah. Bersabarlah….sangguplah….bersedialah….ikhlas lah….Mungkin kesabaran kita atas satu-satunya ujian hebat ini yang membawa kepada reda Allah untuk kita menjejakkan kaki ke syurgaNya.

Sunday, April 3, 2011

Orang yang buta mata hatinya....

Maksud firman Allah:

”Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta adalah hati yang di dalam dada." (SURAH al-Hajj: 46)

“Dan barangsiapa yang buta (hatinya) di dunia ini, niscaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar)“. (QS Al Isra [17]: 72 )