Luqmanul Hakim berpesan untuk kita ingat 2 perkara dan lupakan 2 perkara:
- Ingat segala perbuatan baik orang terhadap kita dan lupakan segala kebaikan kita kepada orang.
- Lupakan kejahatan orang kepada kita, tetapi ingat segala perbuatan buruk kita kepada orang.
Pesanan ini bertujuan mengelakkan kita daripada perasaan sombong, riak dan suka mengungkit kerana sifat manusia yang mudah melupakan jasa orang dan suka menonjolkan kebaikan diri sendiri. Seterusnya, kita akan jauh daripada perasaan dendam dan sakit hati terhadap orang. Kita juga akan sentiasa bertaubat dan berusaha untuk membetulkan kelemahan diri.
No comments:
Post a Comment