Dan barangsiapa berpaling dari peringatanKu,maka sungguh, dia akan menjalani kehidupan yang sempit, dan Kami akan mengumpulkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta ~ Surah Taha, Ayat 124.
Monday, December 26, 2011
Bersiap...
Setiap hari kita bersiap untuk dunia kita - bersiap nak ke tempat kerja, bersiap nak ke kenduri, bersiap nak pergi bercuti, bersiap nak balik kampung, bersiap nak jumpa bos, bersiap nak pergi exam., bersiap nak menerima tetamu. Malaikat Maut mengintai kita 70 kali sehari. Malangnya, kita kurang bersiap untuk bertemu Allah swt.
Ujian...
Tanamkan dalam diri kita, setiap ujian yang dihadapi ada jalan penyelesaian dan ada perkara baik yang Allah swt nak anugerahkan kepada kita.
Hidup akhirat...
WALAU SEHEBAT MANA PUN KEHIDUPAN DI DUNIA, TAK MAMPU MENANDINGI KEHEBATAN KEHIDUPAN DI AKHIRAT...jadi janganlah kita kejar dunia sehingga tinggal akhirat.
Monday, December 19, 2011
SKT
Sasaran Kerja Tahunan (SKT) adalah elemen penting dalam Sistem Penilaian Prestasi pegawai Perkhidmatan Awam. Awal tahun dulu, isi borang dengan maklumat apa sasaran yang nak dicapai pada tahun ini. Akhir tahun ni, isi maklumat aktiviti yang dibuat sepanjang tahun. Nanti ada pegawai yang menilai kita, samada menepati KPI yang ditetapkan ataupun tidak. Jadi, orang sibuk "korek" maklumat aktiviti yang dibuat sebab ada yang dah lupa. Yang penting, nak tunjuk kita buat kerja, bagus dan menepati sasaran...
"SKT" kita sebagai hamba Allah macam mana?. Pernah kita letak sasaran di awal tahun tentang aktiviti kita untuk tingkat ketaqwaan kepada Allah swt?. Akhir tahun pula, pernah ke kita ambil masa untuk muhasabah diri - adakah aktiviti kita sepanjang tahun ini menepati sasaran kita iaitu "Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan semesta alam".
"SKT" kita sebagai hamba Allah macam mana?. Pernah kita letak sasaran di awal tahun tentang aktiviti kita untuk tingkat ketaqwaan kepada Allah swt?. Akhir tahun pula, pernah ke kita ambil masa untuk muhasabah diri - adakah aktiviti kita sepanjang tahun ini menepati sasaran kita iaitu "Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan semesta alam".
Sunday, December 18, 2011
"nisbah 2:1"
Allah swt beri kita telinga 2, tangan 2, kaki 2 dan mulut 1 - kalau ikut nisbahnya, kena banyak dengar serta buat dan kurangkan bercakap. Malangnya, kita banyak bercakap daripada mendengar atau praktikkan. Di akhirat nanti, mulut kita yang banyak bercakap semasa di dunia ini akan diam membisu. Sebaliknya, anggota lain (yang diam membisu semasa di dunia), pula akan berkata-kata memberikan pengakuan mereka...
Saturday, December 17, 2011
Bersalah, rugi, dengki...
Jika kita sedang makan di kedai atau berjalan-jalan di pasar malam pada waktu Maghrib, apa kita rasa bila dengar azan berkumandang di masjid/surau?. Apa kita rasa apabila melihat orang sedang menadah kitab di masjid? Kita sepatutnya rasa bersalah, rasa rugi dan rasa dengki.......Jika kita tak rasa apa-apa, ambil langkah cepat "berubat" sebab kita sudah "berpenyakit"!
Tuesday, December 13, 2011
Ibarat satu badan
Bila kaki kita tersepak batu, biasanya bagaimana reaksi anggota badan yang lain? Mulut akan kata sesuatu. Tangan akan gosok tempat sakit. Mata akan mengalirkan airmata dan muka berkerut kerana menahan sakit.Hidung pun kekadang nak turut serta - mengeluarkan air hidung!. Ini menepati sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Orang-orang mukmin itu ibarat satu tubuh/jasad, apabila satu anggota badan sakit, maka seluruh tubuhnya ikut merasakan sakit demam dan tidak dapat tidur." (HR. Muslim)
ADAKAH KITA DAN MASYARAKAT SEPERTI "ORANG YANG KAKINYA TERSEPAK BATU" ATAU MENEPATI HADIS RASULULLAH SAW DI ATAS? MALANGNYA, YANG BIASA DILIHAT IALAH "SUSAH TENGOK ORANG SENANG ATAU SENANG TENGOK ORANG SUSAH", TIKAM BELAKANG, PIJAK KEPALA RAKAN....
Monday, December 12, 2011
Siapa yang tak nak masuk Syurga?
BILA ORANG KATA, "TAK NAK MASUK SYURGA KE?", KITA MUNGKIN MARAH! SIAPA YANG TAK NAK MASUK SYURGA? PERSOALANNYA, ADAKAH TINDAKAN KITA DAPAT MEREALISASIKAN UNGKAPAN MULUT KITA.
Daripada Abu Hurairah r.a. : Sabda Rasulullah s.a.w. : “ Semua umatku masuk ke syurga, kecuali mereka yang enggan. ” Mereka (sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w) : Dan siapakah yang enggan itu? , Sabdanya s.a.w : “Barangsiapa yang mentaatiku, nescaya masuklah ia ke dalam syurga, dan barangsiapa yang derhaka padaku, maka dialah yang enggan…” – Riwayat al-Bukhari
Daripada Abu Hurairah r.a. : Sabda Rasulullah s.a.w. : “ Semua umatku masuk ke syurga, kecuali mereka yang enggan. ” Mereka (sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w) : Dan siapakah yang enggan itu? , Sabdanya s.a.w : “Barangsiapa yang mentaatiku, nescaya masuklah ia ke dalam syurga, dan barangsiapa yang derhaka padaku, maka dialah yang enggan…” – Riwayat al-Bukhari
Apa sumbangan kita?
Ambil iktibar daripada kisah burung kecil yang berusaha gigih memunggah air dengan paruhnya untuk memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim.
Walaupun dikatakan usahanya itu sia-sia, siburung tekad dengan usahanya kerana katanya dia lebih takut jika ditanya Allah tentang sumbangannya kepada Islam di akhirat nanti.
MUHASABAHLAH DIRI KITA...
BAGAIMANA DENGAN KITA?
APA SUMBANGAN KITA KEPADA ISLAM?
MALANG LAH KITA JIKA DENGAN SEGALA KEMAMPUAN YANG DIANUGERAHI ALLAH, KITA TIDAK MENYUMBANG APA-APA KEPADA ISLAM.
CELAKA LAH KITA JIKA KITA ANTARA ORANG YANG MERUNTUHKAN ISLAM...MENJAUHKAN ORANG LAIN DARIPADA ISLAM....MEMBURUKKAN ISLAM...MENGHALANG PERKEMBANGAN ISLAM..
Walaupun dikatakan usahanya itu sia-sia, siburung tekad dengan usahanya kerana katanya dia lebih takut jika ditanya Allah tentang sumbangannya kepada Islam di akhirat nanti.
MUHASABAHLAH DIRI KITA...
BAGAIMANA DENGAN KITA?
APA SUMBANGAN KITA KEPADA ISLAM?
MALANG LAH KITA JIKA DENGAN SEGALA KEMAMPUAN YANG DIANUGERAHI ALLAH, KITA TIDAK MENYUMBANG APA-APA KEPADA ISLAM.
CELAKA LAH KITA JIKA KITA ANTARA ORANG YANG MERUNTUHKAN ISLAM...MENJAUHKAN ORANG LAIN DARIPADA ISLAM....MEMBURUKKAN ISLAM...MENGHALANG PERKEMBANGAN ISLAM..
Sunday, December 11, 2011
...kerana kehebatan aku!
Dan demi sesungguhnya! Jika Kami beri dia merasai sesuatu RAHMAT dari Kami sesudah ia ditimpa sesuatu kesusahan, berkatalah ia (dengan sikap tidak bersyukur): "Ini ialah hakku (hasil usahaku semata-mata), dan aku tidak fikir bahawa hari kiamat akan berlaku; dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sekalipun), sudah tentu aku akan beroleh kebaikan di sisiNya (seperti kesenanganku sekarang ini)!" Maka demi sesungguhnya! Kami akan memberi tahu kepada orang-orang yang kufur ingkar itu akan keburukan apa yang mereka telah kerjakan, dan Kami akan beri mereka merasai azab seksa yang seberatberatnya. (Fussilat: 50)
Aqidah yang mantap
Ingat kisah seorang budak penjaga kambing dengan Khalifah Umar?. Khalifah Umar menguji keimanan sibudak dengan memohon untuk membeli kambing yang dipelihara oleh sibudak tanpa diketahui oleh tuannya. Sibudak menolak walaupun selepas didesak dengan mengatakan bahawa walaupun tuannya tak nampak,Tuhannya dan Tuhan Umar iaitu Allah swt nampak. Subhanallah! RAMAI KAH LAGI MEREKA YANG MEMPUNYAI AQIDAH YANG MANTAP SEPERTI YANG DIMILIKI OLEH BUDAK INI DI ZAMAN KITA?
Monday, December 5, 2011
"GPS"
Gunakan Al-Qur'an dan As-Sunnah sebagai "GPS kehidupan". Hanya dengan keduanya kita tidak akan "sesat" jalan.
"KPI"
Zaman ini orang sibuk dengan Key Performance Indicator (KPI). KPI digunakan sebagai kayu ukur penilaian prestasi aktiviti, jabatan atau organisasi. Ada pengurusan universiti yang menetapkan KPI "2 penulisan bagi setiap pensyarah" pada tahun ini. Ada organisasi yang menetapkan KPI "tiada rungutan pelanggan" bagi tahun ini.Kita mungkin berusaha sedaya mungkin untuk memenuhi KPI yang ditetapkan majikan. Tidak kurang yang merasa tertekan....
Bagaimana dengan KPI yang ditetapkan oleh Allah swt?. KPI solatnya - 5 waktu solat wajib, solat sunat rawatibnya, solat malamnya?. KPI puasa dalam setahun? sebulan? seminggu? Jangan sampai KPI Allah swt tersasar dalam usaha kita merealisasikan KPI manusia.
Sunday, December 4, 2011
Sementara masih ada peluang....
Hari minggu yang lepas, balik Machang "nawat" (ziarah) keluarga sebelah Wan ambo. Anak mereka, arwah Alif, pelajar tgkt. 3 MRSM Kuala Krai, mati lemas di sungai Ghetak Semen Machang. Semalam, terima pula berita Adam, kawan sekerja yang sedang mengikuti pengajian PhD di UUM dimasukkan ke ICU Hospital Sg. Buloh dan keadaannya kritikal. Hari ini, seorang lagi rakan sekerja yang sedang mengikuti pengajian PhD memberitahu tentang ibunya yang baru sahaja menjalani rawatan kimo kerana sakit barah. ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!. Hebatnya cubaan mereka dan ahli keluarga masing-masing hadapi. Semua ini membuatkan saya menitiskan air mata.......nafas saya sebak memikirkan ini. Saya takut! Saya betul-betul takut!. Dia boleh "jemput" kita bila-bila masa saja tapi adakah kita sudah bersedia?. Betapa banyaknya nikmat kurniaan Allah yang sedang kita nikmati. Betapa beruntungnya kita masih bernafas dan merasai nikmat sihat ketika ini. Namun, mengapa kita masih alpa dan leka? Kita berterusan diberi peluang...dari kecil sehingga sekarang...berpuluh tahun sudah! Orang kata peluang jika tak diambil akan hilang. Entah bagaimanalah keadaan kita nanti?. Betapa lemahnya kita....yang pasti, giliran kita pasti tiba!. YA ALLAH! AKHIRILAH HIDUP KAMI DALAM PENGAKHIRAN YANG BAIK. JANGANLAH ENGKAU AKHIRI HIDUP KAMI DALAM PENGAKHIRAN YANG BURUK.
Subscribe to:
Posts (Atom)