Hari minggu yang lepas, balik Machang "nawat" (ziarah) keluarga sebelah Wan ambo. Anak mereka, arwah Alif, pelajar tgkt. 3 MRSM Kuala Krai, mati lemas di sungai Ghetak Semen Machang. Semalam, terima pula berita Adam, kawan sekerja yang sedang mengikuti pengajian PhD di UUM dimasukkan ke ICU Hospital Sg. Buloh dan keadaannya kritikal. Hari ini, seorang lagi rakan sekerja yang sedang mengikuti pengajian PhD memberitahu tentang ibunya yang baru sahaja menjalani rawatan kimo kerana sakit barah. ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!. Hebatnya cubaan mereka dan ahli keluarga masing-masing hadapi. Semua ini membuatkan saya menitiskan air mata.......nafas saya sebak memikirkan ini. Saya takut! Saya betul-betul takut!. Dia boleh "jemput" kita bila-bila masa saja tapi adakah kita sudah bersedia?. Betapa banyaknya nikmat kurniaan Allah yang sedang kita nikmati. Betapa beruntungnya kita masih bernafas dan merasai nikmat sihat ketika ini. Namun, mengapa kita masih alpa dan leka? Kita berterusan diberi peluang...dari kecil sehingga sekarang...berpuluh tahun sudah! Orang kata peluang jika tak diambil akan hilang. Entah bagaimanalah keadaan kita nanti?. Betapa lemahnya kita....yang pasti, giliran kita pasti tiba!. YA ALLAH! AKHIRILAH HIDUP KAMI DALAM PENGAKHIRAN YANG BAIK. JANGANLAH ENGKAU AKHIRI HIDUP KAMI DALAM PENGAKHIRAN YANG BURUK.
No comments:
Post a Comment