Monday, December 19, 2011

SKT

Sasaran Kerja Tahunan (SKT) adalah elemen penting dalam Sistem Penilaian Prestasi pegawai Perkhidmatan Awam. Awal tahun dulu, isi borang dengan maklumat apa sasaran yang nak dicapai pada tahun ini. Akhir tahun ni, isi maklumat aktiviti yang dibuat sepanjang tahun. Nanti ada pegawai yang menilai kita, samada menepati KPI yang ditetapkan ataupun tidak. Jadi, orang sibuk "korek" maklumat aktiviti yang dibuat sebab ada yang dah lupa. Yang penting, nak tunjuk kita buat kerja, bagus dan menepati sasaran...

"SKT" kita sebagai hamba Allah macam mana?. Pernah kita letak sasaran di awal tahun tentang aktiviti kita untuk tingkat ketaqwaan kepada Allah swt?. Akhir tahun pula, pernah ke kita ambil masa untuk muhasabah diri - adakah aktiviti kita sepanjang tahun ini menepati sasaran kita iaitu "Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan semesta alam".

No comments:

Post a Comment