Wednesday, March 14, 2012

Sebelum nasi jadi bubur....

Ada anak-anak yang saling "tolak-menolak" sesama sendiri daripada menjaga ibubapa yang sudah tua dan asyik sakit. Pelbagai alasan diberikan.....Akhirnya, kata putus dicapai - gunakan kaedah rotation, gilir-gilir jaga. Sebulan di sini, sebulan di situ dan sebulan di sana. Kekalutan terus berlaku kerana tiada yang sanggup ambil giliran pertama. Subhanallah!! Akhirnya anak yang paling jauh bersetuju untuk jadi 'tuan rumah' yang pertama. Ibu dibawa naik kereta selama berjam-jam perjalanan. Ibu yang dah sakit semakin letih dan lemah. Sampai saja di rumah anak, minta untuk tidur dan berehat. Si ibu tidak bangun-bangun lagi.....

Tuesday, March 13, 2012

Angka dalam Al-Qur'an

Dr. Tariq al-Swaidan dalam penelitiannya mendapati beberapa perkara yang disebut dalam al-Quran mempunyai persamaan dengan lawannya.

Lelaki (24 kali) / Wanita (24 kali)
Dunia (115 kali) / Akhirat (115 kali)
Malaikat (88 kali) / Syaitan (88 kali)
Hidup (145) / Mati (145 kali)
Kesabaran (114 kali) / Penderitaan (114 kali)

Sunday, March 11, 2012

Terhalang kebaikan kerana...

Orang kafir terhalang kebaikan mereka kerana kekafiran mereka,
Orang Islam terhalang kebaikan mereka kerana tidak solat...

Nombor giliran kita?

Dalam menjalani kehidupan, saya pasti kita biasa dengan menunggu - menunggu untuk naik bas, menunggu untuk memasuki dewan peperiksaan, menunggu untuk masuk bilik temuduga, menunggu di pejabat pos/bank, menunggu untuk beli makanan, menunggu untuk ambil ubat di jabatan farmasi hospital, menunggu untuk bertemu doktor dan sebagainya. Proses menunggu ini ada yang menggunakan nombor giliran dan ada yang "siapa cepat dia dapat" atau "siapa kenal, dia dapat!!". Yang menggunakan nombor giliran dianggap lebih baik sebab kita tahu bila tiba masa kita. Saya ke klinik bersama isteri. Orang agak ramai. Lepas isi borang dapat nombor giliran. Selepas seketika menunggu, isteri ajak ke kedai sebelah, "Jom! window shopping!" katanya. Saya kata, "Eh! kalau dipanggil masuk lagu mano?". Isteri saya kata, "Sekarang baru nombor 32. Nombor awak tu 41. Lambat lagi tu....".

Sedarkah kita ada satu penungguan yang paling besar daripada segala jenis penungguan - menunggu maut!. Menunggu maut tiada nombor giliran. Kita tidak tahu bila giliran kita tiba. Saya pernah satu ketika, kerana bosan menunggu giliran untuk berjumpa doktor, memberikan nombor giliran kepada orang lain, pulang ke rumah dan datang semula pada hari yang lain. Panggilan maut pula datang dengan tiba-tiba dan bila ianya datang, kita tiada pilihan - tidak boleh ditangguh mahupun dipercepatkan! Justeru, kita kena bersiap sedia sepanjang masa.

Kita asyik dok puas hati....

Cuba amati kehidupan kita seharian. Adakah kita bersikap asyik tidak berpuas hati dengan ketentuan Allah swt, samada dalam sedar ataupun tidak?. Hujan pun kita susah. Tak hujan pun kita susah. Hujan panas hujan panas pun kita susah. Cuba kita didik diri bahawa semua kejadian adalah daripada Allah swt. Dia Yang Maha Mengetahui. Ada hikmah di sebalik segala kejadian. Apa yang kita fikir baik, mungkin tak baik buat kita dan sebaliknya. Jika ini dapat kita tanamkan dalam diri, insyaallah kita akan mudah redha dengan setiap kejadian yang berlaku kepada diri serta keluarga.

Thursday, March 8, 2012

PELIK TAPI BENAR - Persediaan....

Semasa menjalani pengajian PhD, saya sering berulang alik daripada rumah (Dungun) ke UUM (Sintok). Setiap kali perlu ke sana, apa yang saya bimbangkan ialah samada saya ada penginapan yang selesa (biasanya tinggal dalam asrama kolej Maybank atau homestay Old Village Alor Setar), dapat berjumpa penyelia (yang sememangnya sibuk), tugasan yang saya buat akan mendapat komen yang positif daripada penyelia atau sebaliknya. Ironinya, saya tak bimbang sangat akan keluarga yang saya tinggalkan di rumah. Mungkin saya tahu yang kesukaran mereka tanpa saya tak sesukar keadaan saya (berseorangan) di Sintok nanti. Kadang-kadang, pada hari nak bertolak tu, muncul masalah itu dan ini (hal-hal berkaitan kewangan, persekolahan anak-anak, ibubapa, adik-beradik dan sebagainya). Saya kata kepada bini tersayang, "Saya nak gi dah ni, pandai-pandailah awak uruskan masalah tu...".

Pengalaman di atas adalah analogi kepada persediaan kita menuju destinasi akhir (akhirat). Bila-bila masa, kita akan "dijemput" pulang ke kampung akhirat. Bila ini berlaku, pastinya ada orang-orang tersayang yang akan kita tinggalkan di dunia ini. Di kampung akhirat, kita akan berdepan dengan survival kita sendiri - soal-jawab dalam kubur, keberadaan di Padang Mahsyar, titian sirath, penghakiman di mahkamah Allah yang Maha Adil, pembalasan Syurga/Neraka. Pelik tapi benar, persediaan kita lebih kepada apa yang akan kita tinggalkan....


KITA MENGUMPAT, CACI-MAKI, DENDAM DENGAN ORANG SEBAB ALLAH DAH CABUT SIFAT KASIH-SAYANG DARIPADA HATI KITA...

Usahakanlah agar Allah tidak cabut perasaan kasih sayang daripada hati sanubari kita.

Nampak dan jarang nampak

KITA ASYIK NAMPAK APA YANG KITA TAK ADA, KITA JARANG NAMPAK APA YANG KITA DAH ADA...

Allah berfirman, “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah An-Nahl: Ayat 18).