Dalam menjalani kehidupan, saya pasti kita biasa dengan menunggu - menunggu untuk naik bas, menunggu untuk memasuki dewan peperiksaan, menunggu untuk masuk bilik temuduga, menunggu di pejabat pos/bank, menunggu untuk beli makanan, menunggu untuk ambil ubat di jabatan farmasi hospital, menunggu untuk bertemu doktor dan sebagainya. Proses menunggu ini ada yang menggunakan nombor giliran dan ada yang "siapa cepat dia dapat" atau "siapa kenal, dia dapat!!". Yang menggunakan nombor giliran dianggap lebih baik sebab kita tahu bila tiba masa kita. Saya ke klinik bersama isteri. Orang agak ramai. Lepas isi borang dapat nombor giliran. Selepas seketika menunggu, isteri ajak ke kedai sebelah, "Jom! window shopping!" katanya. Saya kata, "Eh! kalau dipanggil masuk lagu mano?". Isteri saya kata, "Sekarang baru nombor 32. Nombor awak tu 41. Lambat lagi tu....".
Sedarkah kita ada satu penungguan yang paling besar daripada segala jenis penungguan - menunggu maut!. Menunggu maut tiada nombor giliran. Kita tidak tahu bila giliran kita tiba. Saya pernah satu ketika, kerana bosan menunggu giliran untuk berjumpa doktor, memberikan nombor giliran kepada orang lain, pulang ke rumah dan datang semula pada hari yang lain. Panggilan maut pula datang dengan tiba-tiba dan bila ianya datang, kita tiada pilihan - tidak boleh ditangguh mahupun dipercepatkan! Justeru, kita kena bersiap sedia sepanjang masa.

No comments:
Post a Comment