Tuesday, June 26, 2012

Projek WAQAF buku Islamik



Jom! Kita pakat kumpul "pitih" akhirat.
Sertai kami dalam projek WAQAF MAJALAH ISLAMIK.
Anda sumbang duit, kami beli majalah dan letakkan di tempat-tempat seperti dalam senarai setiap bulan. Buku-buku boleh juga diletakkan di premis perniagaan anda (untuk manfaat pelanggan) jika difikirkan sesuai.  
Sumbangan anda adalah untuk bulan Julai 2012 dan seterusnya.



Peperiksaan akhir


Minggu ini (27/6/2012), insyaallah  bermula lah peperiksaan akhir bagi pelajar program Ijazah. Sebelum peperiksaan akhir, pelajar perlu melalui pelbagai kaedah penilaian berterusan seperti ujian, kuiz, tugasan dan pembentangan. Setiap kaedah  mempunyai pemberat markah yang berbeza. Yang membuatkan pelajar “mmerit” takut ialah peperiksaan akhir kerana ianya jadi penentu lulus atau gagal.  Walaupun takut, saya beritahu pelajar yang mereka kena fikirkan tentangnya dan buat persediaan kerana suka atau tidak, mereka terpaksa menghadapinya. Cuma yang menyenangkan sedikit ialah persediaan boleh dirancang kerana tarikh peperiksaan akhir dimaklumkan lebih awal. Pun begitu, last minute study bahaya sebab takut tak sempat!. Kebiasaannya, mereka yang membuat persediaan daripada awal, tidak akan menghadapi masalah semasa peperiksaan akhir. 

“Peperiksaan akhir” bagi kita yang sedang menjalani kehidupan ini ialah mati. Penilaian berterusan kita dalam bentuk penyakit, keretakan rumahtangga, kematian orang yang disayang, persengketaan, malapetaka, pengainayaan, ketidakadilan dan sebagainya. Kita mungkin akhirnya dapat mengharungi “kuiz, ujian, tugasan dan pembentangan” itu, tetapi bagaimana dengan “peperiksaan akhir” kita nanti?.

Rasulullah s.a.w. kata orang yang paling cerdik ialah orang yang banyak ingat mati. Sesetengah orang pula tak selesa bila bercakap pasal mati – “Mati mati menape gok! Kalu sikit sikit mati sikit sikit mati, dok leh gi jauh lah kiteeeee…”

Tarikh mati atau ‘expiry date’ kita tidak diketahui. Justeru, kita perlu sentiasa “on call”.  “Wake up call” (seperti uban mmutih, penglihatan kabur, orang kata “K” kita dengar “J”, kulit yang dulunya mmecin dan ggetah kini dah boleh dilipat macam kulit karipap sebelum digoreng), tetapi biasalah kita.… sentiasa ingat ada lagi masa!.

Kita berdoa kepada Allah s.w.t agar kita dapat menghadapi “peperiksaan akhir” dengan tenang, dapat mengucapkan kalimah tauhid, dan memperoleh kejayaan yang abadi iaitu Syurga Allah s.w.t.


Thursday, June 21, 2012

ANAK KUNCI

 
Siapa tak ada anak kunci angkat tangan!. Ok nampaknya semua ada…kita ada pelbagai anak kunci - rumah kita (pintu depan, belakang, bilik), rumah mak di kampong, bilik di rumah, bilik di pejabat, stor, loker anak di asrama, almari di rumah, almari di pejabat, pigeon hole di bilik rehat di pejabat, gril di rumah, kereta 1, kereta 2, motosikal,…,….,…..huuuuuu banyak punya anak kunci. Beg tangan jadi berat sampai putus talinya atau poket seluar jadi “kanta cembung”!. Bila berjalan bunyi, “kereceng! kereceng!”.

Anak kunci penting sebab ianya digunakan untuk buka…..tanpanya tak boleh buka tapi ada juga dengan anak kunci pun tak boleh buka. Suatu hari, saya “daki” untuk ke pejabat di tingkat 4. Sampai di depan pintu bilik, keluarkan anak kunci dan cuba buka pintu bilik tapi tak dapat. Pulas 900, 1800, 3600…masih tak dapat! Belek-belek gugusan anak kunci…memang saya gunakan anak kunci yang betul. “Guano pulokkkk!!”, cetus hati kecewa ditambah dengan letih berpeluh-peluh daki tangga. Selepas seketika terdongak papan nama di pintu. Tertulis, “Wan Anuar Wan Mamat”!!....”Aku? Aku….Wan Mohd Nazif W M Nori”.  Padanlah tak boleh buka….bilik orang lain. Lagi satu tingkat!.

Nabi Muhammad s.a.w. telah menunjukkan kepada kita kunci Syurga, sebagaimana hadis baginda yang bermaksud:
“Barang siapa mengucapkan kalimat Laa ilaaha illallah dengan penuh keikhlasan, maka dia akan masuk syurga.“ (HR. Imam Ahmad dengan sanad yang shahih).

Kita mungkin terfikir, “Ah! Kalimah tauhid ini biasa kita ucap!”. Kita perlu ingat bahawa ada orang yang ucap tetapi ucapannya tanpa ilmu, kehidupannya tidak menunjukkan dia yakin dengan ucapan tersebut, tidak jujur dalam melaksanakan tuntutannya, ucapan tanpa keikhlasan, dan ucapan tanpa rasa cinta. Kita harus berhati-hati dan berusaha agar kunci yang kita ada bisa membuka……..

Saturday, June 16, 2012

Tak caknanya kita....


JANGAN "PENJARAKAN" KETAQWAAN KITA DALAM MASJID/SURAU.

No U-Turn, Rewind, Replay, Resit, Refresh, Redo


Bbbuih mulut beritahu pelajar – “belajarlah sungguh-sungguh untuk masa depan anda semua”, “bersusahlah (belajar) sekarang, insyaallah senang kemudian”, “jangan ponteng kuliah!”, “buatlah ujian/kuiz/tugasan betul-betul”, “jangan belajar last minute” – namun gitulah sokmo sokmonya.....yang ikut nasihat tak ramai!. Selepas keputusan peperiksaan akhir keluar, ada antara yang gagal, memohon untuk “remarking” skrip peperiksaan mereka atau menduduki peperiksaan semula.

Begitulah juga hidup kita di dunia ini – bbbuih mulut alim ulamak menasihati kita – “bertaqwalah kepada Allah”, “tinggalkanlah maksiat”, “jagalah solat”, “jangan zalimi/khianati orang”, “patuhilah perintah Allah dan tinggalkanlah laranganNya”, “Jadikanlah Al-Qur’an dan As-Sunnah sebagai ‘GPS’ kehidupan agar kita tidak sesat”, “jangan tangguh untuk bertaubat” – namun gitulah sokmo sokmonya......yang patuhi nasihat tak ramai!. Firman Allah s.w.t. bermaksud, “Dan sedikit sahaja dari hamba-hambaKu orang-orang yang bersyukur” (surah Saba’ 34:13). Masalahnya bila nyawa dah sampai di halkum dan bye-bye dunia ini, kita tiada peluang lagi untuk “resit”, “remark”, “replay”, “reverse”, “refresh”, “rewind”, “redo”, “U-Turn”.