Siapa tak ada anak kunci angkat tangan!. Ok nampaknya semua ada…kita ada pelbagai anak kunci - rumah kita (pintu depan, belakang, bilik), rumah mak di kampong, bilik di rumah, bilik di pejabat, stor, loker anak di asrama, almari di rumah, almari di pejabat, pigeon hole di bilik rehat di pejabat, gril di rumah, kereta 1, kereta 2, motosikal,…,….,…..huuuuuu banyak punya anak kunci. Beg tangan jadi berat sampai putus talinya atau poket seluar jadi “kanta cembung”!. Bila berjalan bunyi, “kereceng! kereceng!”.
Anak kunci penting sebab ianya digunakan untuk buka…..tanpanya tak boleh buka tapi ada juga dengan anak kunci pun tak boleh buka. Suatu hari, saya “daki” untuk ke pejabat di tingkat 4. Sampai di depan pintu bilik, keluarkan anak kunci dan cuba buka pintu bilik tapi tak dapat. Pulas 900, 1800, 3600…masih tak dapat! Belek-belek gugusan anak kunci…memang saya gunakan anak kunci yang betul. “Guano pulokkkk!!”, cetus hati kecewa ditambah dengan letih berpeluh-peluh daki tangga. Selepas seketika terdongak papan nama di pintu. Tertulis, “Wan Anuar Wan Mamat”!!....”Aku? Aku….Wan Mohd Nazif W M Nori”. Padanlah tak boleh buka….bilik orang lain. Lagi satu tingkat!.
Nabi Muhammad s.a.w. telah menunjukkan kepada kita kunci Syurga, sebagaimana hadis baginda yang bermaksud:
“Barang siapa mengucapkan kalimat Laa ilaaha illallah dengan penuh keikhlasan, maka dia akan masuk syurga.“ (HR. Imam Ahmad dengan sanad yang shahih).
Kita mungkin terfikir, “Ah! Kalimah tauhid ini biasa kita ucap!”. Kita perlu ingat bahawa ada orang yang ucap tetapi ucapannya tanpa ilmu, kehidupannya tidak menunjukkan dia yakin dengan ucapan tersebut, tidak jujur dalam melaksanakan tuntutannya, ucapan tanpa keikhlasan, dan ucapan tanpa rasa cinta. Kita harus berhati-hati dan berusaha agar kunci yang kita ada bisa membuka……..

No comments:
Post a Comment