Tuesday, June 26, 2012

Peperiksaan akhir


Minggu ini (27/6/2012), insyaallah  bermula lah peperiksaan akhir bagi pelajar program Ijazah. Sebelum peperiksaan akhir, pelajar perlu melalui pelbagai kaedah penilaian berterusan seperti ujian, kuiz, tugasan dan pembentangan. Setiap kaedah  mempunyai pemberat markah yang berbeza. Yang membuatkan pelajar “mmerit” takut ialah peperiksaan akhir kerana ianya jadi penentu lulus atau gagal.  Walaupun takut, saya beritahu pelajar yang mereka kena fikirkan tentangnya dan buat persediaan kerana suka atau tidak, mereka terpaksa menghadapinya. Cuma yang menyenangkan sedikit ialah persediaan boleh dirancang kerana tarikh peperiksaan akhir dimaklumkan lebih awal. Pun begitu, last minute study bahaya sebab takut tak sempat!. Kebiasaannya, mereka yang membuat persediaan daripada awal, tidak akan menghadapi masalah semasa peperiksaan akhir. 

“Peperiksaan akhir” bagi kita yang sedang menjalani kehidupan ini ialah mati. Penilaian berterusan kita dalam bentuk penyakit, keretakan rumahtangga, kematian orang yang disayang, persengketaan, malapetaka, pengainayaan, ketidakadilan dan sebagainya. Kita mungkin akhirnya dapat mengharungi “kuiz, ujian, tugasan dan pembentangan” itu, tetapi bagaimana dengan “peperiksaan akhir” kita nanti?.

Rasulullah s.a.w. kata orang yang paling cerdik ialah orang yang banyak ingat mati. Sesetengah orang pula tak selesa bila bercakap pasal mati – “Mati mati menape gok! Kalu sikit sikit mati sikit sikit mati, dok leh gi jauh lah kiteeeee…”

Tarikh mati atau ‘expiry date’ kita tidak diketahui. Justeru, kita perlu sentiasa “on call”.  “Wake up call” (seperti uban mmutih, penglihatan kabur, orang kata “K” kita dengar “J”, kulit yang dulunya mmecin dan ggetah kini dah boleh dilipat macam kulit karipap sebelum digoreng), tetapi biasalah kita.… sentiasa ingat ada lagi masa!.

Kita berdoa kepada Allah s.w.t agar kita dapat menghadapi “peperiksaan akhir” dengan tenang, dapat mengucapkan kalimah tauhid, dan memperoleh kejayaan yang abadi iaitu Syurga Allah s.w.t.


No comments:

Post a Comment