Tuesday, December 17, 2013

CCatung vs. Kemewek


Ramai yang tahu bahawa senyum itu sedekah. Kos senyum kosong tetapi hasilnya lumayan. Malangnya, ada yang mengamalkan ‘double-standard’ dalam senyum. Senyum kemewek dengan rakan sekerja tetapi masam ccatung dengan ahli keluarga. Asyik ccatung dan kkerut dahi walaupun tiada ribut petir!. Sampaikan, kalau balik rumah, anak bini kata, “Syyyyyyysinga balik doh!”. Tahu tak kita yang buat kebaikan kepada ahli keluarga (termasuklah senyum, mengembirakan hati anak, isteri, ibubapa, adik-beradik) itu lebih banyak pahalanya daripada buat kebaikan kepada orang lain.

Saturday, November 16, 2013

Lautan


Orang yang tinggal jauh daripada laut, suka gelekek bila berpeluang semasa cuti sekolah ini untuk bercuti atau berkelah bersama keluarga di tepi pantai. Hotel serta homestay biasanya penuh rumbu. Atas kereta lagi, bila dengar bunyi deruan ombak dan ternampak sudah pokok-pokok Ru, terus buka tingkap dan emmmmm….nyamannya! tenangnya!. Orang yang sememangnya tinggal dan bekerja di kawasan tepi pantai, walaupun hari-hari melalui kawasan pantai ke tempat kerja, mungkin terlupa untuk menghargai dan mengakui yang laut itu anugerah dan tanda kebesaran Allah. Kesannya, kita banyak merungut daripada sujud kepada Allah. Tengok sahaja lautan pun dah dapat pahala. Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan." - (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah". (Riwayat Abu Daud).

UiTM Terengganu (sumber: FB Non-Resident)


"Majlis Konvokesyen"



Pada 16 Nov 2013 (Sabtu), saya hadir majlis konvokesyen para pelajar saya. Saya ucapkan ALHAMDULILLAH, TAHNIAH dan berbangga dengan kejayaan mereka.  Tetapi focus perbincangan saya di sini ialah analogi menunggu di majlis konvo ini dengan menunggu penghakiman Allah swt di akhirat.


Seramai lebih 300 graduan yang menerima skrol mereka pada Sidang ini daripada keseluruhan 1,000 lebih graduan untuk majlis konvokesyen selama 3 hari ini. Anda suka menunggu? – menunggu bini shopping, giliran di bank, dalam deretan kenderaan semasa kesesakan lalu lintas/di plaza tol, untuk masuk ke bilik rawatan di hospital/klinik. Saya yakin kebanyakan daripada kita tak suka menunggu. Sidang yang saya hadir ini berlangsung selama +- 3 jam (menunggu sebelum masuk dewan, berbaris untuk masuk ke dewan dan duduk dalam dewan). Setiap graduan naik ke pentas seorang demi seorang apabila nama mereka dipanggil untuk menerima skrol masing-masing.  Semakin lama majlis berlangsung, saya lihat muka para hadirin menunjukkan kebosanan. Buktinya, bila pembaca nama graduan menyebut, “Dannnnnnnnnnnn……” sebelum menyebut nama graduan terakhir, terdengar ungkapan kelegaan secara spontan daripada para hadirin. 

Dalam keadaan selesa dewan berhawa dingin, duduk, diselangi alunan lagu-lagu dan hanya 300 orang lebih pun kita dah bosan, inikan pula keadaan di akhirat, menunggu penghakiman Allah di padang Mahsyar. Dikhabarkan matahari sejengkal di atas kepala dan digenangi peluh manusia. Berapa lama tu? Tak tahulah tapi penghakiman tu bukan untuk 300 lebih orang tetapi untuk semua manusia. Bukan manusia di Ganung atau Malaysia saja tetapi untuk satu dunia. Bukan hanya dunia tahun 2013, manusia yang hidup semenjak nabi Allah Adam hingga Kiamat. Berapa ramai tu? Setiap orang pula berapa lama perbicaraannya? Allah swt kata setiap perlakuan walaupun sebesar zarah akan diambilkira. Berapa lama setiap seorang daripada kita hidup di dunia? Akan ada ulang tayangnya. Rasulullah saw kabo kepada kita – tidak akan berganjak kaki anak Adam di akhirat sehingga ditanya 4 perkara (tentang umur, ilmu, harta dan tubuh badan). Dalam surah As-Sajdah, ayat 5, Allah swt pula beritahu kita yang 1 hari di akhirat bersamaan 1000 tahun di dunia. Allahuakbar!. Lepas sidang konvo selama 3 jam lebih, kita boleh balik rumah, tengok TV dan tidur/berehat. Lepas penghakiman Allah di akhirat, ke mana kita?

Mengingati ini semua, ber"hijrah"lah kita - baiki diri untuk bersedia menghadapi penghakiman Allah nanti. Jangan jadikan kita orang yang meruntuhkan Islam. Jangan kita jadi penyebab orang buat maksiat atau menjauhi Islam. Berusahalah kita untuk jadi antara 7 "VVIP" di akhirat Allah kerana sesungguhnya azab Allah amat pedih.

Tuesday, October 22, 2013

Bila ada/tiada kasih sayang....

Bila kita kasihkan seseorang, kita akan buat apa yang dia suka, walaupun kekadang perkara itu kita sendiri dok suka. Kita akan usaha untuk buat dan buat yang terbaik. Bila dah pudar/hilang kasih sayang, kita akan buat ala kadar, sambil lewa, cukup makan. Begitulah juga kita dalam beribadat kepada Allah - solat main-main, ala kadar, tak kusyuk pun tak kisah, masuk waktu lama dah pun kita tak rasa bersalah tak solat lagi, dalam berpakaian, kita utamakan fesyen daripada Allah swt - kita ambil ringan/remeh suruhan dan larangan Allah.

Sunday, October 6, 2013

Tahi

Kita ni penuh dengan tahi daripada atas hingga ke bawah - atas kepala (kelemumur), telinga (tahi telinga), mata (tahi mata), hidung (tahi hidung), mulut (tahi gigi), ke bawah lagi, tangan (tahi di celah kuku tangan), lagi bawah di bahagian belakang (tahi....busuknya ya Allah!), bawah sekali (tahi di celah kuku kaki). Sebab tu lah kita kena rasa kotor, hina, kerdil di sisi Allah swt. Jauhi rasa riak, bangga diri, ujub, dll.

Wednesday, October 2, 2013

Isteri - Suami - Ibu suami



Syurga seorang isteri dalam redha suaminya. Syurga seorang suami dalam redha ibubapanya. Justeru, seorang isteri perlu bantu si suami untuk mendapatkan syurganya. Bantu dan sokong suami untuk mentaati ibubapanya,
Abang, Jom kita ziarah ibu minggu ni. Lama dah abang tak balik tengok ibu”, 
Abang, ajaklah ibu tinggal dengan kita”. 
Abang. Ibu abang sakit tubagaimana kalau saya ambil cuti untuk jaga dia!”.

Elak daripada
Apalah abang ni. Asyik nak balik kampung tengok mak je. Mak tu tak ke mananya. Saya ni, ajak abang pergi shopping/jalan-jalan ke kampung New Zealand dari dulu lagi. Abang tak layan pun!".  Apasal abang yang asyik kena ambil tahu pasal mak?. Adik beradik lain kan ada".
 
Sebelum ibu ayah dimasukkan ke dalam liang lahat, berkhidmatlah kepada mereka....