Monday, September 15, 2014

Kami dah pindahhhh.....

kami dah berpindah ke alamat di bawah:


http://www.wmnazif.blogspot.com




Harapannya kita masih bersahabat deh.
Sahabat dunia akhirat.
Insyaa Allah.

Wednesday, August 27, 2014

ISLAM itu kehidupan


Buang sampah itu Islam...
Parking kereta itu Islam...
Flush tandas selepas guna itu Islam...
Layan pelanggan di kaunter itu Islam...
Berniaga itu Islam...
Segala-galanya Islam...
Islam bukan sekadar sembahyang bang...
Islam itu kehidupan!

Monday, June 30, 2014

Ramadhan "Kick off"

World Cup 2014 makin rancak. Boleh dibahagikan kepada 3 pusingan – pusingan pertama banyakkkkkkk pasukan. Berapa?. Pusingan kedua, 16 pasukan terbaik (Betul ke jumlah ni haaa?)!. Pusingan ketiga, makin sedikit pasukan yang terlibat dalam perjuangan menuju puncak. Di sepanjang proses penentuan juara, banyak injuries, yellow card, red card, keputusan luar jangka dan sebagainya dapat dilihat. Setiap pasukan berjuang hingga ke titisan peluh terakhir sebab tiadanya jaminan untuk berpeluang terpilih lagi dalam World Cup akan datang!.

Kita masih dalam pusingan pertama Ramadhan. Ada 10 awal, 10 pertengahan dan 10 akhir. Perjuangan menuju akhir tak mudah!. Ada “injuries dan cards” nya juga. Malam-malam pertama, ramaiiiiiiiii orang di masjid. Penuh rumbu!. Specialnya Ramadhan, semua orang berpeluang masuk akhir. Tiada kuota!. Allah swt Yang Maha Adil beri peluang kepada semua orang. Cara dan strateginya pun dah dimaklumkan. Hanya nok ko tok se saje. Harapannya, tidak jadi macam tahun-tahun sudah....walaupun tiada kalah-mati, tapi ramai yang cepat mengalah. Sayanglahhhhhh....lebih teruk lagi, takut tergolong dalam golongan celaka...(kisah Rasulullah saw menyebut 3 kali “amin” semasa menaiki mimbar). Insyaallah, Ramadhan akan datang lagi dalam tahun-tahun mendatang tapi kita belum tentu dapat menyertai. Semoga kita antara yang akan sampai ke akhir dan menang dengan penuh bergaya...

Monday, May 5, 2014

Sikap kita terhadap cacian/umpatan



 
Apa reaksi kita bila difitnah/caci/umpat? Kita balas umpatan/perang mulut/lancarkan perang nuklear?. Indahnya ISLAM kerana ia mengajar kita bagaimana untuk memujuk diri/sikap kita bila kita difitnah/umpat/cela.
  1. PERTAMA: Jika kita bersih daripada kekurangan yang dikatakan orang tersebut, ingatlah kita sebenarnya tidak terlepas daripada kekurangan tersebut dan pelbagai kekurangan lain. Bersyukurlah kerana Allah telah menutupi dan tidak memperlihatkan banyak kekurangan kita.
  2. KEDUA: Ianya kaffarah bagi kejahatan dan dosa kita yang lain. Orang yang mengumpat kita sebenarnya telah menghadiahkan kebajikan-kebajikannya kepada kita.
  3. KETIGA: kasihani orang yang mencaci kita kerana dia telah jatuh dari pandangan Allah. Dia telah membinasakan dirinya sendiri dengan mencaci kita dan mendekatkan dirinya kepada siksaan Allah yang pedih. Justeru, jangan marahi dia beserta dengan kemarahan Allah kepadanya. Jangan doakan, "Ya Allah binasakanlah dia”, tetapi doakannya, "Ya Allah perbaikilah dia, ya Allah ampunilah dia, Ya Allah curahkanlah rahmatMu kepadanya”.
(rujukan: Bimbingan Mukmin, membentuk perbadi muslim: Syekh Muhamaad Jamaluddin)

Sunday, May 4, 2014

Belanja harta benda


 
Ternampak coklat jenama Clorets di rak dalam kedai. Di kampung saya, ada sebutan sama dengan coklat ni, iaitu Klorek. Klorek bermaksud kupit atau kedekut. Klorek mungkin buat kita kaya di dunia tetapi kita miskin di akhirat. Allah beritahu kita yang ibubapa dalam senarai teratas orang yang kita perlu belanjakan harta benda kita. Tanya diri, sejauh mana kita dahulukan ibubapa dalam membelanjakan pitih, masa dan tenaga kita. Gaji kita dah meningkat, banyak mana kita sumbangkan kepada ibubapa?. Kereta dah berkuasa kuda, berapa kerap kita guna untuk balik ziarah ibubapa?. Telefon dah pintar, berapa kerap/lama kita guna untuk berkomunikasi dengan ibubapa?. 

Firman Allah swt dalam ayat 215, surah al-Baqarah bermaksud,
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakan "Apa jua hartabenda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan." Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).

Saturday, March 1, 2014

AKAUN, AUDIT & CUKAI



Dalam perakaunan perniagaan, ada 3 terma penting – AKAUN, AUDIT dan CUKAI. Selepas tempoh 12 bulan perniagaan dijalankan, kena tutup akaun. Tarikh tutup akaun atau year-end biasanya 31 Disember, namun, ada syarikat yang tempoh perakaunannya berakhir pada Mac, Jun dan sebagainya.
Selama tempoh 12 bulan beroperasi, akaun kena dicatat oleh akauntan dengan sebaik mungkin ikut tatacara dan piawai perakaunan yang diiktiraf. Selepas tempoh akaun tamat pada year-end, laporan kewangan akan disediakan oleh akauntan. Kemudian, mari lah pulok juruaudit (aikkkk….sebut biar betul!, juruaudit dan bukannya juruduit) untuk memeriksa samada laporan kewangan yang disediakan adalah betul, tepat dan menyeluruh. Jika ada kesilapan/kesalahan yang perlu diperbetulkan, akauntan diberi peluang untuk membetulkannya. Akhirnya, cukai dikira dan dikenakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ke atas perniagaan berdasarkan maklumat dalam laporan kewangan yang telah disahkan oleh juruaudit.


Kehidupan kita pun ada tempoh akhirnya. Cuma kita tak tahu – “year end” kita anytime. Tak semestinya selepas 12 bulan. Selepas buku kehidupan kita ditutup, akan ada proses “pengauditan”. Audit untuk semak samada segala “transaksi” semasa tempoh kehidupan kita dulu mengikut tatacara yang betul atau tidak. Piawainya ado ko? Adaaaa…Al-Qur’an dan al-Hadith. Audit ni tak boleh ngilat. Tak guna kaedah sampling.
"Materiality" tidak diambilkira. Setiap "transaksi" diambilkira dan disemak, walaupun sekecil zarah.  Lepas audit, apa pula?. “Pay time” boszzzz!!!

Tuesday, February 18, 2014

Buat Baik, Buat Jahat

Kita buat jahat kepada orang yang buat jahat kepada kita - DENDAM
Kita buat jahat kepada orang yang buat baik kepada kita - ZALIM
Kita buat baik kepada orang yang buat baik kepada kita - FITRAH
Kita buat baik kepada orang yang buat jahat kepada kita - SUNNAH


- sumber: kuliah Ustaz Muhamad bin Abdullah (Ustaz Amin)

Kena pandang belakang!


Sunday, February 9, 2014

CHECKLIST / INDEX / KPI

Berapa lama dah kita hidup?. Apa peningkatan kita telah buat dalam menjalani kehidupan seharian dalam mendekatkan diri kepada Allah?
Sama saja dengan zaman remaja/muda dulu - misalnya, subuh gajah tetap subuh gajah dan tak jadi subuh tak gajah, atau...yang kita pandang remeh, masih kita remehkan!
Di pejabat, kita banyak buat dan cuba penuhi checklist.
Dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah, pernah kita buat checklist untuk dijadikan index/KPI diri kita dan keluarga?
Tanpa checklist, kita mudah alpa, lupa, rasa tak apa dan selesa.
Fasa 1 ini, kita cuba tengok checklist pukul 5 - 7 pagi untuk jangkamasa 1 minggu (rujuk imej yang disediakan).
  • Jika banyak tick daripada pangkah, ALHAMDULILLAH!. kekalkan dan tingkatkan.
  • Jika banyak pangkah daripada tick, hummmmmm.....Mujur Allah masih beri peluang lagi hari ini, untuk kita buat tindakan tanpa ditangguh-tangguh.