Sunday, May 4, 2014

Belanja harta benda


 
Ternampak coklat jenama Clorets di rak dalam kedai. Di kampung saya, ada sebutan sama dengan coklat ni, iaitu Klorek. Klorek bermaksud kupit atau kedekut. Klorek mungkin buat kita kaya di dunia tetapi kita miskin di akhirat. Allah beritahu kita yang ibubapa dalam senarai teratas orang yang kita perlu belanjakan harta benda kita. Tanya diri, sejauh mana kita dahulukan ibubapa dalam membelanjakan pitih, masa dan tenaga kita. Gaji kita dah meningkat, banyak mana kita sumbangkan kepada ibubapa?. Kereta dah berkuasa kuda, berapa kerap kita guna untuk balik ziarah ibubapa?. Telefon dah pintar, berapa kerap/lama kita guna untuk berkomunikasi dengan ibubapa?. 

Firman Allah swt dalam ayat 215, surah al-Baqarah bermaksud,
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakan "Apa jua hartabenda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan." Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).

No comments:

Post a Comment