Monday, May 5, 2014

Sikap kita terhadap cacian/umpatan



 
Apa reaksi kita bila difitnah/caci/umpat? Kita balas umpatan/perang mulut/lancarkan perang nuklear?. Indahnya ISLAM kerana ia mengajar kita bagaimana untuk memujuk diri/sikap kita bila kita difitnah/umpat/cela.
  1. PERTAMA: Jika kita bersih daripada kekurangan yang dikatakan orang tersebut, ingatlah kita sebenarnya tidak terlepas daripada kekurangan tersebut dan pelbagai kekurangan lain. Bersyukurlah kerana Allah telah menutupi dan tidak memperlihatkan banyak kekurangan kita.
  2. KEDUA: Ianya kaffarah bagi kejahatan dan dosa kita yang lain. Orang yang mengumpat kita sebenarnya telah menghadiahkan kebajikan-kebajikannya kepada kita.
  3. KETIGA: kasihani orang yang mencaci kita kerana dia telah jatuh dari pandangan Allah. Dia telah membinasakan dirinya sendiri dengan mencaci kita dan mendekatkan dirinya kepada siksaan Allah yang pedih. Justeru, jangan marahi dia beserta dengan kemarahan Allah kepadanya. Jangan doakan, "Ya Allah binasakanlah dia”, tetapi doakannya, "Ya Allah perbaikilah dia, ya Allah ampunilah dia, Ya Allah curahkanlah rahmatMu kepadanya”.
(rujukan: Bimbingan Mukmin, membentuk perbadi muslim: Syekh Muhamaad Jamaluddin)

Sunday, May 4, 2014

Belanja harta benda


 
Ternampak coklat jenama Clorets di rak dalam kedai. Di kampung saya, ada sebutan sama dengan coklat ni, iaitu Klorek. Klorek bermaksud kupit atau kedekut. Klorek mungkin buat kita kaya di dunia tetapi kita miskin di akhirat. Allah beritahu kita yang ibubapa dalam senarai teratas orang yang kita perlu belanjakan harta benda kita. Tanya diri, sejauh mana kita dahulukan ibubapa dalam membelanjakan pitih, masa dan tenaga kita. Gaji kita dah meningkat, banyak mana kita sumbangkan kepada ibubapa?. Kereta dah berkuasa kuda, berapa kerap kita guna untuk balik ziarah ibubapa?. Telefon dah pintar, berapa kerap/lama kita guna untuk berkomunikasi dengan ibubapa?. 

Firman Allah swt dalam ayat 215, surah al-Baqarah bermaksud,
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakan "Apa jua hartabenda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan." Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).