Ustaz Sayed Abu Bakar, Tazkirah subuh, Masjid Chabang 3, 26 Ramadhan 1431H/ 5 Sept. 2010 - Nabi SAW menyatakan bahawa ada 6 hak seorang Islam ke atas saudara Islamnya, iaitu:
- Bila bertemu beri salam walaupun tak kenal - kena ucap betul-betul salam takut lain pula maksudnya. Ada kaedahnya, misalnya, yang berkenderaan memberi salam kepada yang berjalan kaki, yang berjalan kaki memberi salam kepada yang tetap (duduk), yang dalam kumpulan kecil/seorang memberi salam kepada dalam kumpulan yang ramai.
- Hadir ke majlisnya bila dijemput - majlis walimatulurus wajib dihadiri bila dijemput kecuali ada kesukaran tertentu.
- Doakannya bila beliau bersin - yang bersin ucap "Alhamdulillah", yang dengar ucap "Yarhamukallah" (Allah merahmati kamu), yang bersin membalas dengan ucapan "Yaghfirullahu li walaka" (Allah mengampunkan dosaku dan dosamu) atau "Yahdikumullah wa yushlih baalakum" (Allah memberi hidayah kepada kamu dan memperbaiki keadaan kamu). rasulullah SAW menutup mulutnya dengan tangan atau bajunya serta merendahkan suaranya bila baginda bersin.
- Beri nasihat bila diminta
- Ziarahinya serta doakan beliau agar cepat sembuh bila beliau sakit - Islam menggariskan adab tertentu untuk diikuti bila menziarahi orang sakit misalnya, mendoakan sipesakit, tidak terlalu lama dan tidak membuat bising.
- Iringi jenazahnya ke kubur - bantu untuk percepatkan urusan pengebumiannya, dilarang makan-minum di rumah simati sebaliknya beri makan kepada keluarga simati (amalan kita sekarang memberi duit apabila hadir ziarah orang mati bertujuan meringankan bebanan yang ditanggung keluarga si mati). Bacalah apa-apa ayat Quran yang mampu dibaca dan elakkan dari berbual kosong, apatah lagi bergelak ketawa di luar rumah. Lebih malang, ramai yang hadir tapi tak ramai yang solat jenazah dengan pelbagai alasan diberikan.
No comments:
Post a Comment