Orang dulu dulu tanya calon menantu, "Dah khatam ke tidak Quran 30 juzuk?, solat 5 waktu tinggal ke tidak?, Boleh jadi imam solat ke tidak ni?". Zaman maju dan membangun ni, orang letak agama belakang sekali dalam urusan memilih calon menantu. Yang penting, "kerja apa?", "gaji berapa?", "pakai kereta apa?". Dulu, ibubapa cari calon, anak diam ikut patuh. Lo ni, anak bawa balik calon suami/isteri (kekadang belum apa-apa, dah bawa balik 2 atau 3 hari untuk beraya dengan keluarga di kampung), ibubapa pula diam ikut patuh.
Antara hadis berkaitan pemilihan jodoh:
- "Seseorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara: Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Utamakanlah yang mempunyai agama, nescaya kamu akan selamat”- (Riwayat Bukhari dan Muslim)
- “Janganlah kamu kahwini wanita kerana kecantikan mereka, kerana kemungkinan kecantikan itu akan menghancurkan mereka sendiri. Dan janganlah kamu kahwini kerana harta mereka, kerana mungkin harta itu menyebabkan mereka derhaka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Sesungguhnya hamba yang berkulit hitam, tetapi beragama adalah lebih baik”-(Riwayat Ibnu Majah)
No comments:
Post a Comment