Islam mengutamakan hidup berjemaah. Indahnya hidup berjemaah:
- Dua hari lepas saya kena gout. Seorang jiran menyapa saya, "Lama tak nampak di surau?".Saya kata, "bahang di gout pulok!". Hari ini di surau, saya disapa beberapa rakan jemaah. Semuanya memberikan motivasi dan sokongan, "Macam mana gout?. Baik dah ke?", "Sabar ya. Sakit tu ujian Allah!", "Mung kena gout sebab Allah sayang mung Zif. Dia nak bagi pahala kepada mung". Rasa sakit gout yang masih berbaki itu hilang terus kerana keperihatinan yang ditunjukkan rakan-rakan jemaah.
- Tiga hari lepas, seorang jiran buat kenduri kahwin 2 orang anaknya sekaligus. Dua ekor kambing, seekor kerbau dan seekor lembu tumbang. Tenaga ahli jemaah surau digembeling bersama ahli keluarga hingga majlis dapat berjalan dengan sempurna. Jam 7.30 pagi sembelih, potong daging, masak. Jam 11.30 tetamu mula sampai. Ahli-ahli jemaah surau juga bertungkus lumus membantu melayan tetamu yang seramai lebih kurang 3,000 orang, sehingga jam 4.00 petang.
- Dua minggu lepas, anak seorang jiran yang berumur 27 tahun meninggal kerana barah. Meninggal di hospital lebih kurang jam 8.30 pagi. Alhamdulillah, lepas zohor, solat jenazah dan dikebumikan sejurus selepas itu. Saya lihat sekali lagi jemaah surau berperanan besar. Kali ini dalam mempercepatkan proses dari mula sampai akhir (di hospital, bawa pulang jenazah, pemandian jenazah, solat jenazah, urusan gali kubur, talkin dan tahlil).
Mungkin peristiwa-peristiwa di atas adalah antara kebaikan tersirat daripada saranan Allah untuk orang Islam mengimarah dan solat berjemaah di masjid/surau.
No comments:
Post a Comment