Secara sedar atau tidak, kita sebagai ibubapa mungkin beri contoh yang tidak baik untuk diikuti anak-anak. Kita menanggung amanah untuk didik anak jadi orang bertaqwa. Pastinya, kita akan ditanya oleh Allah SWT dan balasan setimpal sedia menunggu...Bagi ibubapa yang anak mereka masih kecil, pastikan kaedah pendidikan yang digunakan betul daripada peringkat awal lagi - iaitu yang bertepatan dengan saranan Islam. Jika dah jadi buluh baru nak bentuk, ia akan bbidah ke muka kita. Gunakan segenap ruang dan peluang untuk berkomunikasi dan tanamkan roh kehidupan Islam dalam diri anak-anak.
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada antara kamu menggunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang ~ Al-Hujurat, Ayat 12.
No comments:
Post a Comment