Thursday, August 12, 2010

Rahmat Allah di bulan Ramadhan

Kita semua akui yang bulan Ramadan bulan penuh rahmat. Malangnya, ramai daripada ramai yang sekadar kata - mengharapkan kerahmatan tanpa berusaha untuk mendapatkannya. Intipati sabda Nabi SAW memberitahu kita yang ramai daripada orang yang berpuasa hanya dapat lapar dan dahaga. Rahmat Allah SWT bukan hanya untuk dibual bicara. Macam kita tengok pohon yang berbuah lebat, bergantungan di dahan. Kata kita, "eeeiiii...lebatnya buah!". Kita tidak akan dapat jika tak mengaitnya. Di bulan Ramadhan kena perbanyakkan aktiviti yang mendekatkan kita dengan Allah SWT untuk kita mendapat rahmatNya - contoh, beriktikaf di masjid (untuk solat berjemaah, dengar kuliah ilmu, baca Al-Quran, zikir, dll.), bersedekah, taddarus Al-Quran, beri makan orang berbuka puasa, solat-solat sunat (termasuklah sebelum & selepas solat fardhu, Dhuha, Terawih dan Witir). Ramadhan akan cepat berlalu tanpa kita sedari. Azam kita untuk jadikan Ramadhan ini yang terbaik setakat ini akan gagal jika ianya hanya sekadar azam. Berusahalah...dengan sabar!

No comments:

Post a Comment