Tuesday, August 24, 2010

Perang bisu!!!

Saya teringat seorang negarawan pernah mengatakan yang beliau hanya perlukan 10 orang anak muda untuk mengegarkan negaranya. Di zaman Rasulullah SAW, anak muda diberikan peluang memimpin bala tentera serta buah fikirannya didengari Rasulullah SAW. Sekarang ini pula Regim Yahudi mengenakan sekatan kepada orang muda Palestin untuk bersolat di Masjid Al-Aqsa. Siapa yang kita lihat membaling batu ke arah tentera Yahudi setiap kali kisah Palestin ditonjolkan di kaca TV? Malah dalam kontek keluarga saya sendiri, jika orang muda melibatkan diri, program (misalnya, majlis kahwin, hari keluarga, dll.) sangat mudah diadakan dan berjaya. Ini semua menunjukkan bahawa orang muda atau remaja itu penting. Orang muda/remaja ibarat sendi-sendi kepada anggota badan, tiang seri rumah, pemegang bendera dan barisan hadapan masa perang. Justeru, untuk secara berkesan jahanamkan sesebuah keluarga, negara, ketamadunan, agama, kena rosakkan anak muda/remaja/belianya. Ini sudah jadi strategi yang telah lama dipraktikkan musuh Islam di Malaysia. Kita kata kita aman kerana kita tiada perang macam Iraq, Iran, Palestin, Afghanistan. Adakah kita tenang? Dulu saya bersyukur tak tinggal di bandar seperti KL kerana beranggapan hanya kota Metropolitan seperti KL "diserang"!!. "Serangan"nya dah meluas hingga ke bandar kecil dan kampung-kampung kita yang dulunya harmoni dan sejahtera.
Sebenarnya, "serangan" boleh ditangkis jika ada "perisai" keagamaan yang jitu. Sayangnya, pembinaan "perisai" jadi begitu sukar dengan adanya orang dalam (orang Islam sendiri) yang dangkal ilmunya, benci Islam, lantas bersekongkol dengan musuh. Kita sudah tewas! Kita sudah tewas! Nah! Sekarang kita sedang "menikmati" kesan "perang bisu" ke atas kita yang kita anggap remeh dahulu - halusi permasalahan mat rempit, dadah, penzinaan/buang anak, kebiadaban akhlaq serta moral (anak saman/buang ibubapa, ayah/datuk rogol anak/cucu, rasuah, pecah amanah), samseng sekolah/jalanan/jalanraya (pelajar belasah guru, buli sampai mati, video lucah), murtad, ketidaksensitifan terhadap isu agama (orang Islam sendiri pijak/kencing atas Al-Quran, hina Rasulullah dan keluarganya, berjudi/minum arak/dedah aurat), kecelaruan minda/mental (sembelih anak, rogol/bunuh/kerat/bakar), statistik keruntuhan institusi keluarga/rumahtangga. Apa lagi???Apa lagi yang kita sanggup dengar??? Bukan salah "perang bisu" kerana ia akan tetap datang walaupun kita kata tidak. Yang salah ialah kita - di peringkat individu, keluarga, masyarakat, organisasi dan negara! Setiap kita yang mengaku muslim! Kerana kita tak guna sebaik mungkin AL-QURAN & HADIS, dua user manual yang Maha Pencipta kata kita akan selamat jika menggunakannya. Tidakkah kita yakin dengan Dia yang menciptakan kita?

No comments:

Post a Comment