Imej di atas dipinjam daripada http://www.portalwongsukses.com/. Tentang cara berpakaian ni lama dah dibincangkan dan ramai yang dah sedia maklum. Namun, kita masih utarakan di sini dengan harapan perbincangan secara berterusan tentang isu ini akan memberi kesedaran kepada semua. Pakaian seluar ketat, sendat, baju "adik", baju singkat dan lengan pendek, seluar cawat pendek, nampak pusat dan lurah punggung, tudung kecik, dada tersembul - ini adalah cara berpakaian yang berlawanan dengan syariat tetapi dipraktikkan secara berleluasa masakini. Adakah mereka yang sebegini TAK TAHU SUNGGUH atau TAHU TAPI SENGAJA TAK NAK IKUT? Bukan hanya remaja, bini orang/mak budak pun ada yang berpakaian begitu. Apa sebenarnya kebaikan berpakaian sebegitu? NAK TUNJUK LAWA? Bagi yang tiada rupa, berpakaian sebegitu semakin memburukkan penampilan. Sebenarnya, yang tiada rupa akan lebih anggun dengan pemakaian menutup aurat dengan sempurna. Kecantikan sebenar terletak kepada kombinasi cara berpakaian, sikap (hati) dan tuturkata yang baik. Bagi yang ada rupa, cara berpakaian menjolok mata akan menenggelamkan keayuan mereka. Samalah dengan yang ada rupa tapi perangai buruk. NAK TARIK PERHATIAN? Mungkin berjaya untuk pandangan pertama tapi percayalah, perhatian yang diterima tiada gunanya jika ia tidak disusuli dengan pujian. Orang yang benar-benar beriman tidak akan rasa kagum apabila melihat kemaksiatan. Pendedahan aurat satu kemaksiatan kepada Allah SWT. NAK NAMPAK SEKSI? Saya lelaki, perut berlipat sampai boleh sembunyi duit 10 sen dalam pusat - kalau saya pakai ketat dan sendat pun orang mungkin tak kisah tapi saya masih rasa malu! Jadi saya tak boleh fikir bagaimana ada wanita yang boleh pakai sendat sampai nampak ketulan badan mereka. MasyaAllah! Kita rasa seksi, orang yang tengok seksa! Kalau begitulah, kita memang nak kumpul dosa dan undang bahaya dengan cara berpakaian kita. Bagaimana jika yang tengok kita tu Mat Gila Sex? Percayalah, pengingkaran kepada hukum hakam Allah SWT akan membawa kesan buruk kepada kita. FASHIONABLE? Apa guna fesyen terkini jika mati nanti dibakar api!. Kita mesti bangga dengan Islam. Amat malang jika kita malu dengan pakaian menutup aurat dengan sempurna seperti yang telah disyariatkan oleh Allah SWT. JANGAN CARI REDA MANUSIA HINGGA ALLAH MURKA. CARI REDA ALLAH WALAU MANUSIA MURKA! Penciptaan kita sebagai produkNya didatangkan dengan "user manual" (AlQuran & Hadis) untuk diikuti, bukan diingkari.
No comments:
Post a Comment