Dalam satu hadis sahih Nabi SAW diceritakan seorang keluar pada malam hari ingin bersedekah tanpa mendedahkan identitinya. Keesokannya, heboh diperkatakan orang ramai yang ada orang bersedekah kepada sipencuri. Yang memberi sedekah sedih kerana sedekahnya tak mengena sasaran yang sepatutnya. Beliau keluar lagi pada malam kedua untuk memberi sedekah. Keesokannya, heboh diperkatakan orang yang ada orang bersedekah kepada sipenzina. Sipemberi sedekah sedih lagi kerana sedekahnya masih tidak kena kepada individu yang sepatutnya. Malam, ketiga, beliau keluar lagi untuk beri sedekah. Keesokannya, heboh diperkatakan orang yang ada orang bersedekah kepada orang kaya. Pun begitu, Allah menerima ketiga-tiga sedekah sidermawan.
No comments:
Post a Comment