Mengikut ustaz Khairul (rujukan: Kuliah Subuh 16/8/2010, Masjid Sura Lama), selepas nafsu diciptakan, Allah tanya kepadanya, "Siapa Aku?". Jawab nafsu, "Kamu kamu dan aku aku!". Lantas Allah perintahkan malaikat untuk memasukkan nafsu ke dalam neraka selama 1000 tahun. Kemudian, dikeluarkan nafsu daripada neraka dan ditanya lagi, "Siapa Aku?". Jawab nafsu, "Kamu kamu dan aku aku!". Allah perintahkan malaikat masukkan semula nafsu ke dalam neraka, kali ini tanpa diberi makan dan minum. Kemudian, dikeluarkan nafsu dan Allah tanya lagi, "Siapa Aku?". Kemudian barulah jawab nafsu, "Anta Rabbi...Ana abdi....Kuatnya nafsu manusia. Patutlah dalam setahun, Allah wajibkan kita berpuasa sebulan di bulan Ramadhan. Nafsu yang degil ini perlu ditundukkan dan dikawal. Jika tidak, tengoklah apa yang telah ada terjadi dalam masyarakat kita kini...
No comments:
Post a Comment