Anak saya lama dah minta dibelikan alat permainan PSP. Beliau minta secara konsisten - kalau dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan (walaupun ujian bulanan), beliau akan minta PSP sebagai hadiahnya. Pendeknya, PSP!PSP!PSP!. Dia tak terima walau apapun alasan yang saya berikan. Dia merajuk dan katakan yang saya dah tak sayangkannya lagi!. Saya ingin tangguhkan pembelian PSP tu kerana berpendapat dengan umurnya yang semuda itu (muda jjetik, kata orang ganung!), ia akan memudaratkan anak saya. Sebagai ibubapa, sememangnya kita ingin memastikan hanya yang terbaik untuk anak tersayang. Nak menyakinkan dia bahawa apa yang dikehendakinya itu sebenarnya tak elok untuk dia, amat sukar sekali. Begitulah juga hubungan kita dengan Allah SWT. Ada orang yang bersangka buruk dengan Allah SWT bila apa yang dikendaki atau doa tidak dimakbulkan Allah SWT. Ada yang kata, "Dah bbuih doa, tapi tak dapat pun!". Lebih teruk lagi, merajuk dengan Allah hingga tak ingin lagi berdoa. MasyaAllah! Sebagai hamba Allah SWT, kita sememangnya lemah. Apa yang kita sangka baik untuk diri mungkin sebenarnya tidak baik, dan begitulah juga sebaliknya. Allah maha Mengetahui. Maksud firman Allah SWT, "Difardhukan kamu peperangan padahal kamu membencinya, boleh jadi ada yang kamu benci baik untuk kamu, dan boleh jadi ada yang kamu sukai tetapi itu mungkin membawa mudarat bagi kamu. Allah lebih mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah, 2: 216). Ulamak membuat rumusan tentang kaedah dan keadaan Allah mengabulkan doa hambaNya, berdasarkan sebuah hadis nabi SAW:
1) doa dikabulkan dengan serta-merta.
2) dikabulkan di waktu lain.
3) dihindarkan bahaya.
4) Allah berikan sesuatu yang lebih baik di akhirat.
5) Kifarat kepada dosa-dosa
Imej dipinjam drp. http://www.englishbaby.com/blog/Hikmah/view_entry/42064
3) dihindarkan bahaya.
4) Allah berikan sesuatu yang lebih baik di akhirat.
5) Kifarat kepada dosa-dosa
Imej dipinjam drp. http://www.englishbaby.com/blog/Hikmah/view_entry/42064
No comments:
Post a Comment