Sentiasalah kita bersyukur kerana berada dalam keimanan kepada Allah SWT. Rahmat Allah menjadikan orang yang beriman itu hebat dan dicemburui orang kafir. Di bulan Ramadhan ini, orang beriman bekerja di siang hari seperti orang lain juga tetapi mereka berpuasa. Malah, kerja mereka lebih cemerlang di bulan ini. Mereka mempraktikkan sifat-sifat mahmudah (misalnya, berbaik sangka, bersabar, bersungguh-sungguh, mengukuhkan silaturrahim dan persaudaraan) dan pada masa yang sama, mengelak diri dari bersikap dengan sifat-sifat mazmumah (misalnya, berhasad dengki, adu domba, amarah, khianat, zalim, mengumpat/maki hamun/cela). Malamnya, selepas berbuka dan berehat seketika, berduyun pula ke masjid/surau untuk menunaikan solat Isyak dan terawih secara berjemaah. Sabar menunaikan samada 8 atau 20 rakaat terawih. Kemudian, bangun pula di 1/3 malam untuk bermunajat kepada Allah SWT - menunaikan solat tahajud, solat hajat, solat taubat, solat tasbih dan membaca A-Quran di ketika manusia lain enak tidur.
No comments:
Post a Comment