Kita nak sombong, angkuh dan berasa hebat diri setakat mana sangat. Senang/susah/bahagia/derita/kaya/miskin semuanya ada titik henti. Puratanya 60 tahun. Yang lebih itu "bonus". Yang "balik awal" pun ramai!. Warning dah lama diberi. Kita selesa mungkin sebab tak kena pada diri lagi atau keluarga terdekat - malam tidur, esok celik mata masih dapat lihat mentari. Itulah yang berlaku setiap hari, setakat ini. Hakikatnya, MALAKUL MAUT tak pernah alpa dan ingkar dengan amanah tugas yang diberi. Giliran kita PASTI tiba. Sehingga saat itu, kita berpeluang untuk baiki diri dan menyiapkan sebanyak mungkin bekalan. MENGAPA? Kerana alam baka yang kita sedang tujui ini never ending story! Kerana jalan yang sedang kita lalui ini jalan sehala. Kerana bila dah bye-bye dunia, tiadalah lagi peluang kedua. Kerana kita tidak ingin menyesal nanti melihat ahli Syurga enak menikmati keseronokan tidak terhingga dan kita....berhempas pulas, tercari-cari pahala agar tidak dihumban ke Neraka (minta dijauhi oleh Allah SWT).
No comments:
Post a Comment