Saturday, August 21, 2010

Keberkatan? Anugerah?

Ada orang boleh beli makanan yang mahal-mahal kerana dia mampu. Namun, selera makannya pula hilang. Ada orang yang tak mampu beli makanan yang mahal-mahal kerana dia tidak mampu, tapi tiada masalah dengan selera makannya. Semua itu anugerah Allah SWT yang kita sentiasa gagal untuk menghalusinya. Tak dapat tidak, kita kena akui bahawa semua ini berkaitan dengan keberkatan dalam kehidupan. Bagi sikaya, ada hak si miskin yang wajib tunaikan. Mungkin sebab itulah, daripada 10 suap yang mampu disuap ke dalam mulut, hanya beberapa suap saja yang boleh masuk! Mengapa saya katakan yang ini sentiasa gagal dihalusi? Kerana bila keadaan ini berlaku, samada sengaja atau tidak, manusia melihatnya dari perspektif lain (misalnya kesihatan), dan tidak mengaitkannya dengan Allah SWT.


No comments:

Post a Comment