Dan barangsiapa berpaling dari peringatanKu,maka sungguh, dia akan menjalani kehidupan yang sempit, dan Kami akan mengumpulkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta ~ Surah Taha, Ayat 124.
Tuesday, November 30, 2010
Bolehkah aku jadi VIP....
Tapi tak usah kecil hatilah tak jadi VIP di dunia sebab keistimewaannya ada titik noktah. Lagipun, tak jadi VIP di dunia tak semestinya hidup menderita. VIP di Padang Mahsyar (akhirat ) yang sepatutnya jadi impian. Ada7 golongan VIP di Padang Mahsyar (rujuk hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra):
- Pemimpin yand adil
- Pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT
- Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid
- Dua lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT
- Lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah
- Seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya
- Seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.
Monday, November 29, 2010
Khusyuk dalam solat
Menurut Imam al-Ghazali, untuk mendapat khusyuk di dalam solat, ada enam perkara yang perlu kita lakukan semasa mengerjakan solat; 1. Hudhur al-Qalb (حضور القلب); iaitu menghadirkan hati kita ketika menunaikan solat iaitu dengan membuang dari hati segala yang tidak ada kena-mengena dengan solat kita.
2. at-Tafahhum(التفهم); iaitu berusaha memahami iaitu melakukan usaha untuk memahami segala perkara yang dilakukan di dalam solat sama ada perbuatan atau yang dibaca/diucapkan.
3. at-Ta’dziem (التعظيم); iaitu merasai kebesaran Allah iaitu dengan merasai diri terlalu kerdil di hadapan Allah.
4. al-Haibah (الهيبة); iaitu merasa gerun terhadap keagungan Allah dan siksaanNya.
5. ar-Raja’ (الرجاء); iaitu sentiasa menaruh harapan besar kepada Allah mudah-mudahan solat yang dikerjakan akan diterima dan diganjari oleh Allah.
6. al-Haya’ (الحياء); iaitu merasa malu terhadap Allah di atas segala kekurangan dan kecacatan yang terdapat di dalam solat.
(Rujukan:http://ilmudanulamak.blogspot.com)
Sunday, November 28, 2010
Lelaki oh lelaki!
1. Lelaki bujang – tanggung dosa sendiri bila sudah baligh manakala dosa gadis bujang masih ditanggung bapanya. Dosa wanita ditanggung oleh diri sendiri dan bapa mereka, dan bila sudah berkahwin, akan ditanggung oleh suami mereka.
2. Lelaki berkahwin terpaksa tanggung dosa diri sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
3. Seorang anak lelaki bertanggungjawab ke atas ibunya yang telah tua, terutama anak lelaki yang paling tua. Perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Kalau isteri buat baik, dia dapat pahalanya tapi kalau isteri buat kemungkaran, dosanya ditanggung sisuami. Aduh..duh..duh..duh!
4. Suami wajib beri nafkah kepada isterinya, tapi isteri tidak wajib beri nafkah kepada suami. Namun, jika suami benarkan, isteri boleh sama-sama bekerja cari rezeki untuk bantu tambahkan pendapatan keluarga.
5. Lelaki diberi kelebihan kekuatan fizikal berbanding kaum wanita. Maka lelaki bertanggungjawab melindungi kaum wanita. Janganlah dizalimi mereka terutamanya dari kalangan ahli keluarga seperti ibu, kakak dan adik perempuan.
Jika difahami betul-betul tanggungjawab berat orang lelaki, tiada anak lelaki/suami yang “salah guna kuasa” atau alpa tanggungjawab, tiada adik-beradik perempuan yang rasa tak adil sebab anak lelaki dapat 2 sedangkan anak perempuan dapat 1 dalam pembahagian harta pusaka mengikut Faraid, dan sebagainya.
Kaya harta? Kaya iman?
Saturday, November 27, 2010
Mendidih!
"buku panduan" - antara baca, hafaz & amal!
Tuesday, November 23, 2010
Monday, November 22, 2010
Wahai pemimpin, contohilah Umar al-Khattab
Gabenor Azerbaijan pernah menghantar makanan enak bernama habish kepada Khalifah Umar. Umar bertanyakan kepada utusan gabenor samada makanan itu dimakan oleh semua penduduk Azerbaijan. Setelah dimaklumkan bahawa makanan tersebut adalah makanan orang-orang atasan, Umar memulangkan makanan terebut kepada gabenor dan berpesan,"MAKANAN YANG SELAZAT INI BUKAN DIBUAT DARIPADA WANG AYAH DAN IBUMU. KENYANGKAN PERUT RAKYATMU SEBELUM ENGKAU MENGENYANGKAN PERUTMU." Umar berkata lagi, "Kalau orang itu kenyang, akulah orang terakhir yang akan kenyang. kalau orang itu kelaparan, akulah orang pertama yang merasai kelaparan itu."Suami isteri - pelajari dari kisah Umar
Ingat Allah, stres hilang!
Stres buat fikiran kita berserabut. Bila stres, pertimbangan hilang. Anak bini nampak macam bola yang sedia untuk disepak terajang! Subhanallah! Sebagai manusia, menghadapi stres itu mungkin lumrah. Namun, adakah kita mengambil pendekatan yang betul setiap kali menghadapi stres? . Ada orang ambil jalan salah setiap kali hadapi stres - mamah ubatlah, hantuk kepala ke dindinglah, togok araklah, cari perempuanlah dan sebagainya. Dalam surah Ar-Ra'd, ayat 28, Allah berfirman yang maksudnya, "(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram".DUNIA atau AKHIRAT- yang mana keutamaan kita?
Rasulullah bersabda yang maksudnya; "siapa yang menjadikan akhirat sebagai pusat perhatiannya, nescaya Allah s.w.t akan membuatnya merasa kaya dalam hatinya, segala urusannya menjadi teratur dan dunia datang kepadanya tanpa perlu mengejarnya. Sementara siapa yang menjadikan dunia sebagai pusat perhatiannya, nescaya Allah s.w.t akan menjadikan kefakiran berada di depan matanya, segala urusannya menjadi kacau dan kepadanya dunia datang sekadar yang telah ditakdirkan baginya"Sunday, November 21, 2010
Usaha & pertolongan Allah
Usaha dan pertolongan Allah saling berkait. Usaha semata-mata tidak cukup tanpa bantuan Allah. Bantuan Allah pula tidak tiba jika tiada usaha. Dalam ayat 7, surah Muhammad, Allah berfirman yang maksudnya, "Wahai orang-orang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."Saturday, November 13, 2010
Orang yang terbaik...
Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu meriwayatkan, bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bertanya kepada para sahabat,“Maukah kalian aku beritahu tentang orang yang terbaik di antara kalian?” para sahabat menjawab, “Ya, wahai Rasulullah.” Kata beliau, “Sebaik-baik kalian adalah yang paling panjang umurnya dan paling baik amalnya.” (Al-Hadits)
TUHAN
Daging qurban
Orang yang mengambil bahagian dalam ibadah qurban biasanya orang yang mampu - nak makan daging walaupun mahal (kebiasaan, Terengganu RM18/kg, Kelante RM16/kg), boleh dengan mudah angkat punggung dan pergi beli. Ini tidak berlaku kepada orang fakir miskin. Kekerapan mereka memiliki dan merasai daging dalam setahun hanya sekali. Bukan tiada keinginan, tapi mengambilkira banyak lagi perkara penting lain untuk dibelanjakan, daging bukan jadi keutamaan. Memahami semua ini, wajarkah kita masih berkira-kira (misalnya, tamak/sayang sampai daging disimpan untuk keluarga sendiri hingga penuh peti sejuk, daging elok disimpan manakala daging tak elok disedekahkan, dll.) dalam pengagihan daging qurban.
Friday, November 12, 2010
Ikut akulah nak buat maksiat pun! Mu apa kisah?
Jangan jadi penganjur & terlibat program maksiat
Diriwayatkan dari Ibn Abbas ra: Rasulullah SAW bersabda: “Tiada amal yang soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bln Dzulhijjah).” (Hadith Riwayat al-Bukhari)
Malangnya, pada masa yang sama, ada pula yang menganjur dan terlibat dengan pesta yang menjauhkan kita daripada Allah SWT. Khabarnya, penganjur ialah orang Melayu Islam. Selaku penduduk tempatan di sini, saya pasti 95% pengunjung pesta juga orang Melayu Islam. Sesungguhnya, dosa perlakuan kita sendiri pun sudah tak tertanggung. Sanggupkah kita menanggung dosa orang yang buat maksiat dek kerana hadir program yang dianjurkan oleh kita. Ada yang kata, "Eh! Saya hanya anjurkan saja. Niat saya baik - bila ada pesta, ramai orang datang dan peniaga dapat untunglah! Orang nak buat maksiat dia punya pasallah!." Ingatlah, niat tidak menghalalkan cara. Syaitan sendiri sudah kufur. Kejahatannya terhadap manusia ialah menghasut dan membuka laluan agar manusia sama-sama kufur dengannya.
Dosa dari pandangan orang jahat & orang baik.
Nabi s.a.w. telah mengkhabarkan kepada kita dalam sebuah hadis: “Orang yang jahat akan melihat dosa-dosanya seperti lalat yang hinggap di hidungnya, dengan mudah dapat diusirnya hanya dengan mengibaskan tangan. Adapun seorang mukmin melihat dosa-dosanya bagaikan duduk di bawah kaki gunung yang siap menimpanya.”(Hadis Riwayat Al-Bukhari)Thursday, November 11, 2010
Jangan didik anak macam ternak lembu!
Masa kecil, saya tinggal dengan datuk di kampung. Bila tak ke sekolah, rutin harian ialah ikut datuk bawa lembu ke padang untuk ragut rumput. Petangnya, pergi ambil lembu untuk dibawa balik ke kandang. Masa tu, saya fikir betapa indahnya jadi lembu sebab ia sangat disayangi oleh datuk saya, dan kerja lembu hanya makan, berak dan tidur sahaja. Datuk saya tak pernah lupa tugas hariannya ini. Biasanya, pagi-pagi lagi, dia bawa lembu makan, kemudian barulah dia balik makan. Datuk saya juga sentiasa "bercakap" dengan lembunya walaupun saya tak pasti samada ianya difahami oleh lembunya itu. Kelmarin (11/11/2010) dalam program Tanyalah Ustaz di TV9, ustaz ada mengingatkan kita agar tidak mendidik anak macam menternak lembu - kita sekadar beri makan minum, sediakan tempat tidur kepada anak tanpa menyediakannya untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa.Hafaz & fahami maksud doa, sasaran cuti sekolah
Wednesday, November 10, 2010
Doa mohon zuriat yang baik
Tuesday, November 9, 2010
Kecil lagi...Besar dah....
Monday, November 8, 2010
Hisab sebelum dihisab...
Kenyang tapi lapar!
Kita asyik "JALAN-JALAN CARI MAKAN" tetapi jarang "JALAN-JALAN CARI IMAN". Kita sanggup pergi jauh dan keluar duit banyak semata-mata untuk kenyangkan perut. Kekadang sampai seeh (sesak nafas kerana terlampau kenyang). Lepas makan pagi, dah fikir tengahari atau malam nanti nak masak atau makan apa, atau di mana? Malangnya, rohani kita yang lapar tidak kita usaha untuk kenyangkan walaupun makanannya percuma dan tak perlu pergi jauh untuk mendapatkannya - ceramah ilmu di surau/masjid berdekatan rumah kita pun kita tak pergi! Al-Quran dalam rumah sendiri pun kekadang kita lupa letak di mana, apatah lagi nak belik baca. Kita selesa terpacak 1 jam depan TV tengok program masakan tapi cepat panas punggung dan gatal telinga menonton program agama walaupun ia hanya 15 minit. Jika beginilah halnya, kita kenyang tapi lapar!.Sunday, November 7, 2010
Sesak
Gambar kesesakan di stesen LRT masjid Jamek ini dihantar oleh anak saudara. Manusia sedang beratur untuk melalui mesin pengimbas tiket untuk menaiki keretapi ke tempat kerja di waktu pagi. Anak saudara saya kata nasib baik dia tahu laluan yang cepat sikit (mungkin sebab setiap hari guna stesen tersebut), jadi dia tak beratur lama sangat. Kesesakan buat kita tertekan, apatah lagi dalam keadaan nak cepat ke tempat kerja atau ada temujanji awal pagi. Tentunya, perasaan jadi keluh kesah, geram dan kebingungan. Ini baru kesesakan di dunia. Bayangkan "kesesakan" di Padang Mahysar nanti, selepas kita dibangkitkan dari kubur masing-masing dan berkumpul sambil menunggu pengadilan Allah SWT. Sesak di masjid Jamek ni mungkin ada yang tak malu muka memotong barisan atau guna "lesen besar" atau "talian hayat" mereka, untuk dapat cepat ke depan. Di padang Mahsyar, no way nak bertindak tidak adil demi untuk kepentingan diri sendiri. Sesak di masjid Jamek di waktu pagi ok lagi sebab maklumlah, waktu pagi, orang masih berbau wangi - pelbagai perfume digunakan. Di padang Mahsyar, keadaan manusia mengikut amalan mereka di dunia. Di khabarkan, ada yang tenggelam dalam lautan peluh manusia - bau badan orang semasa bersesak dalam LRT semasa balik kerja di waktu petang pun kita dah nak muntah, apatah lagi tenggelam dalam peluh manusia. Stesen LRT masjid Jamek ada air cond. Di padang Mahsyar pula, matahari ibarat sejengkal di atas kepala...Allahuakbar!Saturday, November 6, 2010
SIFAT MERENDAH DIRI
وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا"
"Dan Hamba-hamba Allah yang Maha Penyayang, ia lah orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati, dan apabila orang-orang jahil mengajak bertengkar dengan mereka, mereka balas dengan ucapan-ucapan bijaksana."
Tuesday, November 2, 2010
Takut & Aman
Maksud Sabda Nabi SAW, “Sesungguhnya Allah berkata: Aku tidak mengumpulkan pada hambaKu dua ketakutan dan dua keamanan. Barangsiapa yang takut kepadaKu di dunia, Aku amankan dia di akhirat. Dan barangsiapa yang berasa aman dariKu di dunia, Aku akan takutkan dia di akhirat.”
Kagum
Kemalangan & Doa
Jika naik kapalterbang, ada taklimat keselamatan dan doa. Jika kita naik bas express, ada tak taklimat keselamatan diberikan?. Kita orang Islam. Mengapa tidak pemandu1/pemandu2/wakil penumpang baca doa mohon keselamatan dengan diaminkan para penumpang. Boleh tak syarikat bas (yang biasanya dimiliki orang Islam) wajibkan taklimat & pembacaan doa ini? Boleh! Antara nak dengan tidak saja. Baca doa sendirian pun boleh tapi banyak manafaat jika secara rasmi dan diaminkan semua orang. Ia membuatkan semua orang berdoa, menyedarkan semua orang yang pergantungan kita semestinya kepada Allah SWT, dan mempamerkan perbezaan antara budaya & tatacara hidup orang Islam dengan bukan Islam. Kalau ada orang bukan Islam dalam bas tu pun, amalan tadi berfungsi sebagai satu dakwah. Mungkin akan terdetik dalam hatinya, "Oooo...begini cara hidup orang Islam...cantiknya...".Teringat saya sewaktu berulang-alik dengan bas expres masa belajar dulu, ramai pemandu tidak berhenti untuk solat subuh. Jika berhenti pun, tak ramai penumpang yang turun solat. SAYANG SERIBU KALI SAYANG! WALAUPUN KITA ORANG ISLAM, DI NEGARA YANG DITERAJUI ORANG ISLAM, TANPA SEBARANG TEKANAN, KITA (SECARA MASYARAKATNYA) TIDAK BANYAK MEMBUDAYAKAN GAYA HIDUP MASYARAKAT ISLAM. KITA NAK TUNGGU BILA LAGI?.Monday, November 1, 2010
Senarai semak - orang yang dustakan agama
- orang yang menghardik anak yatim (ayat 2)
- orang yang tidak mendorong memberi makan orang miskin (ayat 3)
- orang yang lalai terhadap solatnya (ayat 4-5)
- orang yang riya' (ayat 6)
- orang yang enggan beri bantuan - enggan bayar zakat dan meminjamkan alat rumahtangga
Senaraisemak (checklist) hamba Allah yang beriman.
Semua orang akan kata yang dia hamba Allah SWT. Namun, adakah kita ini hamba Allah yang beriman? Allah SWT telah gariskan 11 ciri-ciri orang beriman berikut dalam surah Al-Furqan, ayat 63-74:- sifat tawadhu' (rendah diri). (ayat 63)
- menuturkan ucapan yang baik-baik. Jika ada orang bodoh/jahil menghinanya pun, dia akan membalas dengan ucapan yang baik (ayat 63).
- suka beribadah kepada Allah di malam hari dengan sujud dan berdiri (ayat 64).
- yang merasa takut akan siksa Allah SWT (ayat 65-66).
- yang bersederhana (iaitu, tidak boros dan tidak kikir) dalam berbelanja (ayat 67)
- menjauhkan diri dari sifat syirik (ayat 68-71).
- tidak melakukan perbuatan membunuh yang diharamkan oleh allah SWT (Ayat 68-71).
- tidak berzina (ayat 68-71).
- tidak memberikan kesaksian palsu (ayat 72).
- senang menerima nasihat yang baik (ayat 73).
- sentiasa berdoa dan bermunajjat kepada Allah SWT (ayat 74).
Allah SWT mengatakan bahawa hambaNya yang memiliki ciri-ciri di atas akan diberi balasan di tempat yang tinggi di Syurga dan mereka kekal di dalamnya (ayat 75-76).
