Jika naik kapalterbang, ada taklimat keselamatan dan doa. Jika kita naik bas express, ada tak taklimat keselamatan diberikan?. Kita orang Islam. Mengapa tidak pemandu1/pemandu2/wakil penumpang baca doa mohon keselamatan dengan diaminkan para penumpang. Boleh tak syarikat bas (yang biasanya dimiliki orang Islam) wajibkan taklimat & pembacaan doa ini? Boleh! Antara nak dengan tidak saja. Baca doa sendirian pun boleh tapi banyak manafaat jika secara rasmi dan diaminkan semua orang. Ia membuatkan semua orang berdoa, menyedarkan semua orang yang pergantungan kita semestinya kepada Allah SWT, dan mempamerkan perbezaan antara budaya & tatacara hidup orang Islam dengan bukan Islam. Kalau ada orang bukan Islam dalam bas tu pun, amalan tadi berfungsi sebagai satu dakwah. Mungkin akan terdetik dalam hatinya, "Oooo...begini cara hidup orang Islam...cantiknya...".Teringat saya sewaktu berulang-alik dengan bas expres masa belajar dulu, ramai pemandu tidak berhenti untuk solat subuh. Jika berhenti pun, tak ramai penumpang yang turun solat. SAYANG SERIBU KALI SAYANG! WALAUPUN KITA ORANG ISLAM, DI NEGARA YANG DITERAJUI ORANG ISLAM, TANPA SEBARANG TEKANAN, KITA (SECARA MASYARAKATNYA) TIDAK BANYAK MEMBUDAYAKAN GAYA HIDUP MASYARAKAT ISLAM. KITA NAK TUNGGU BILA LAGI?.
No comments:
Post a Comment