Masa kecil, saya tinggal dengan datuk di kampung. Bila tak ke sekolah, rutin harian ialah ikut datuk bawa lembu ke padang untuk ragut rumput. Petangnya, pergi ambil lembu untuk dibawa balik ke kandang. Masa tu, saya fikir betapa indahnya jadi lembu sebab ia sangat disayangi oleh datuk saya, dan kerja lembu hanya makan, berak dan tidur sahaja. Datuk saya tak pernah lupa tugas hariannya ini. Biasanya, pagi-pagi lagi, dia bawa lembu makan, kemudian barulah dia balik makan. Datuk saya juga sentiasa "bercakap" dengan lembunya walaupun saya tak pasti samada ianya difahami oleh lembunya itu. Kelmarin (11/11/2010) dalam program Tanyalah Ustaz di TV9, ustaz ada mengingatkan kita agar tidak mendidik anak macam menternak lembu - kita sekadar beri makan minum, sediakan tempat tidur kepada anak tanpa menyediakannya untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa.Dan barangsiapa berpaling dari peringatanKu,maka sungguh, dia akan menjalani kehidupan yang sempit, dan Kami akan mengumpulkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta ~ Surah Taha, Ayat 124.
Thursday, November 11, 2010
Jangan didik anak macam ternak lembu!
Masa kecil, saya tinggal dengan datuk di kampung. Bila tak ke sekolah, rutin harian ialah ikut datuk bawa lembu ke padang untuk ragut rumput. Petangnya, pergi ambil lembu untuk dibawa balik ke kandang. Masa tu, saya fikir betapa indahnya jadi lembu sebab ia sangat disayangi oleh datuk saya, dan kerja lembu hanya makan, berak dan tidur sahaja. Datuk saya tak pernah lupa tugas hariannya ini. Biasanya, pagi-pagi lagi, dia bawa lembu makan, kemudian barulah dia balik makan. Datuk saya juga sentiasa "bercakap" dengan lembunya walaupun saya tak pasti samada ianya difahami oleh lembunya itu. Kelmarin (11/11/2010) dalam program Tanyalah Ustaz di TV9, ustaz ada mengingatkan kita agar tidak mendidik anak macam menternak lembu - kita sekadar beri makan minum, sediakan tempat tidur kepada anak tanpa menyediakannya untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa.
Labels:
coretan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment