Monday, November 1, 2010

Senaraisemak (checklist) hamba Allah yang beriman.

Semua orang akan kata yang dia hamba Allah SWT. Namun, adakah kita ini hamba Allah yang beriman? Allah SWT telah gariskan 11 ciri-ciri orang beriman berikut dalam surah Al-Furqan, ayat 63-74:
  1. sifat tawadhu' (rendah diri). (ayat 63)
  2. menuturkan ucapan yang baik-baik. Jika ada orang bodoh/jahil menghinanya pun, dia akan membalas dengan ucapan yang baik (ayat 63).
  3. suka beribadah kepada Allah di malam hari dengan sujud dan berdiri (ayat 64).
  4. yang merasa takut akan siksa Allah SWT (ayat 65-66).
  5. yang bersederhana (iaitu, tidak boros dan tidak kikir) dalam berbelanja (ayat 67)
  6. menjauhkan diri dari sifat syirik (ayat 68-71).
  7. tidak melakukan perbuatan membunuh yang diharamkan oleh allah SWT (Ayat 68-71).
  8. tidak berzina (ayat 68-71).
  9. tidak memberikan kesaksian palsu (ayat 72).
  10. senang menerima nasihat yang baik (ayat 73).
  11. sentiasa berdoa dan bermunajjat kepada Allah SWT (ayat 74).

Allah SWT mengatakan bahawa hambaNya yang memiliki ciri-ciri di atas akan diberi balasan di tempat yang tinggi di Syurga dan mereka kekal di dalamnya (ayat 75-76).

No comments:

Post a Comment